Powered by Blogger.

Saturday, March 17, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP ZON UTARA 2012 : MAT JIWA DAN KEPALA BATAS MUNCUL JAGOAN BARU


Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa dan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas muncul jagoan baru Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Utara 2012. Dalam kejohanan selama empat hari yang diadakan di Malay College Kuala Kangsar, SEMUJI berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) 2-0 di final lelaki maknakala Kepala Batas berjaya mengalahkan SM Sains Kubang Pasu (3-0) dalam satu lagi aksi final perempuan.

Dengan ini pasukan SEMUJI, SEMESTI, akan mewakili zon utara ke peringkat kebangsaan bagi kategori Lelaki , manakala SM Sains Kepala Batas dan SM Sains Kubang Pasu bagi kategori perempuan. Peringkat kebangsaan 2012 akan berlangsung di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bharu.

Apapun, edisi pada tahun ini memperlihatkan beberapa pasukan pilihan seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tumbang di peringkat suku akhir.  Sekolah Tuanku Abdul Rahman, juara bertahan telah diundi menentang MCKK seawal peringkat suku akhir.

Tahniah buat semua pasukan yang telah layak ke peringkat kebangsaan nanti. Semoga wakil zon utara akan menempah kejayaan nanti.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments:

lifestyle said...

star pasukan pilihan???pnah mng sbp kbgsaan ke???

IMANSHAH said...

STAR seeded group B, ada masalah? maknanya itu pasukan pilihan lah, bukan nak kata pilihan tu menang national. lol..

guna nama lyfestyle, tapi x dapat link ke blog, jangan berselindung wei

Unknown said...

pembetulan,kepala batas kalahkan sm sains kubang pasu 1-0, bukan 3-0 untuk final perempuan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...