Powered by Blogger.

Sunday, October 7, 2012

STAR VS STAROBA (OBW 2012)

OBW datang lagi. Tahun 2012, OBW agak lewat diadakan tidak seperti kebiasaan pada bulan Julai. Kali ini bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, STAR dan STAROBA berentap sekali lagi dalam "annual friendly match" pada 16 September 2012. Buat pertama kali juga perlawanan yang menghimpunkan pemain-pemain hoki STAR dari beberapa zaman dan era di Stadium yang sama, namun menggunakan turf yang berbeza. Kali ini buat pertama kali, turf biru digunakan.

Walaupun tanpa kehadiran Cikgu Shahnun yang terpaksa membawa pelajar menyertai Pertandingan Bahas, namun STAR tetap tenang menghalang setiap asakan oleh seniors mereka. STAROBA sememangnya ketandusan kemenangan kerana perlawanan dua tahun kebelakang ini, mereka tewas buat dua tahun berturut-turut. Tahun 2010 dan 2011 masing-masing dengan 1-2.

Keadaan cuaca yang agak tidak menentu dengan hujan lebat turun pada pagi Ahad mengakibatkan momentum perlawanan agak terganggu. Walaupun begitu STAR tetap memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan banyak gol dengan melancarkan serangan yang bertali arus ke kubu lawan. Namun, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya gol yang dinanti-nanti muncul apabila Zahran Syahmi berjaya menolak masuk hantaran lintang oleh Alham. Tahniah dan keduudkan kekal 1-0. 

Alhamdulillah, STAR buat tahun ke tiga berturut-turut menang 1-0. Tahniah buat semua. kepada STAROBA , terima kasih atas perlawanan persahabatan yang hebat dengan pasukan sekolah. Jumpa lagi OBW 2013.


Cg nizam membantu kerana ketiadaan Cg Shahnun.


Zaim @ Temon cuba menghalang kemaraan Saudara Azwan (batch 2005)


Rusydi, Alham dan Faris memberikan sumbangan terakhir kepada STAR sebagai pemain.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...