KUANTAN - Konfederasi Hoki
Malaysia (MHC) akan menukar format Kejohanan Hoki Piala Razak pada
edisi 2013 bagike-50 tahun ini. Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, berdasarkan
persembahan beberapa pasukan pada kejohanan kali ini terlalu banyak
jurang antara pasukan sehingga mencatat jumlah jaringan yang besar.
"Saya rasa format kejohanan perlu ditukar pada edisi akan datang bagi
memastikan barisan pemain yang beraksi mewakili negeri masing-masing
benar-benar bersedia," katanya di sini semalam.
Katanya, pada perlawanan semalam, pasukan yang tewas seakan tidak
bersedia hingga akur dengan kekalahan besar seperti kemenangan Kuala
Lumpur 6-1 ke atas Perak.
memperkasa dan mengembalikan status cemerlang dalam
kejohanan yang mencapai penganjuran kali
"Ini jelas menunjukkan perlu ada satu format baru untuk digunakan
bagi membolehkan mereka dapat bersaing dengan lebih adil," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata, pemilihan Pahang selaku tuan
rumah pada edisi ke-50 itu juga bagi menarik minat orang ramai meminati
sukan hoki yang tidak mendapat publisiti seperti bola sepak.
"Oleh itu, kejohanan yang tertua di negara ini diharap dapat
menghidupkan sukan hoki berdasarkan kemudahan gelanggang bertaraf
antarabangsa.
"Saya harap pasukan yang bertanding kali ini dapat mempamerkan mutu permainan membanggakan dan berkualiti tinggi," katanya.
Pada kejohanan yang bermula kelmarin, sebanyak 15 pasukan berentap
untuk merebut Piala Tun Razak yang diadakan di Stadium Hoki Kuantan
(SHK) selama sembilan hari.
Divisyen Satu dibahagikan kepada dua iaitu Kumpulan A diwakili juara
bertahan, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perak dan
Negeri Sembilan manakala Kumpulan B pula Pahang, Terengganu, Pulau
Pinang dan Johor.
Divisyen Dua menyaksikan penyertaan Melaka, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah, Kelantan dan Polis.
Tengku Abdullah berharap orang ramai di sekitar negeri ini dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.
0 comments:
Post a Comment