Powered by Blogger.

Wednesday, October 24, 2012

TERENGGANU JUARA PIALA RAZAK 2012

 
Pahang gagal menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila kalah kepada Terengganu 0-3 dalam perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Kuantan, Indera Mahkota di sini, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Terengganu mencipta sejarah menjulang Piala Tun Razak buat kali pertama dan membawa pulang RM10,000.

Terenganu mendapat gol pertama hasil jaringan padang Mohd. Firhan Ashari seawal minit pertama.Terengganu yang beraksi garang beberapa kali berjaya dijinakkan Pahang sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

Pahang yang mendapat tiga pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama gagal memanfaatkan peluang itu selepas penjaga gol Terengganu, Muhammad Hafizuddin Othman beraksi cemerlang.

Masuk separuh babak kedua, Terengganu mula mengaturkan strategi dan menambah jaringan menerusi jaringan padang Faizal Shaari minit ke-41 dan gol kemenangan menerusi Mohd. Fitri Saari minit ke-50.
Sementara itu, juara tahun lalu Kuala Lumpur hanya sekadar berjaya menduduki tempat ketiga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 8-4.

Gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Chua Boon Huat (minit ketiga, minit kelapan dan minit ke-20), 
Muhammad Razie Abd. Rahim (minit ke-34, minit ke-40, minit ke-44 dan minit ke-56) dan Mohd. Shamim Mohd. Yusoff minit ke-57.

Sementara Negeri Sembilan mendapat gol hasil jaringan Dangerous Lee (minit ke-35, minit ke-49 dan minit ke-52) dan Muhd. Ikhwan Ishak minit ke-70.

Pada perlawanan akhir Divisyen 2 pula, Melaka muncul juara selepas menang tipis ke atas Selangor dengan jaringan 5-4.

Hadir menyaksikan perlawanan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Sha, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (HMC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...