Powered by Blogger.

Tuesday, May 7, 2013

AKSI KUMPULAN C : STAR MUNCUL NAIB JOHAN

Sepanjang lapan tahun edisi penganjuran Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2013, STAR telah melayakkan diri sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2013. Dalam edisi terdahulu iaitu 2011 dan 2010, STAR hanya mampu melaykkan diri ke peringkat kumpulan XY pada tahun 2010 dan tersingkir pada pusingan pertama pada tahun 2011.

Kini tahun 2013, STAR berazam untuk melangkah dengan lebih jauh lagi iaitu muncul sebagai juara. STAR telah diletakkan dalam kumpulan C bersama SM Sains Lahad Datu, SM Sains Machang dan SM Sains Johor. Perlawanan pertama STAR bertemu SM Sains Lahad Datu. Walaupun bermain dalam cuaca yang panas pada jam 11.30 pagi, STAR telah menunjukkan mutu permainan yang membanggakan. Dalam pertemuan ini, STAR berjaya menewaskan Lahad Datu 5-0 dengan gol-gol hasil jaringan Zahran Syahmi (3 gol) manakala Izham Nisya dan Nazrul Nazmi masing-masing dengan satu gol.  Dengan kemenangan ini, STAR mendahului kumpulan C dengan 3 mata apabila pasukan lawan iaitu SM Sains Machang dan SM Sains Johor terikat tanpa jaringan.


Memulakan aksi pada sebelah petang, STAR dijadualkan melayan kunjungan SM Sains Machang. Pertembungan ibarat peluang untuk membalas dendam pada tahun 2011 apabila Machang telah menunjukkan STAR jalan pulang dalam aksi kumpulan. Perlawanan ini tidak boleh dipandang enteng kerana pasukan lawan merupakan bekas juara sebanyak 3 kali.Ironinya, jika STAR tewas, penentuan hanya boleh dilakukan pada aksi terakhir menentang SM Sains Johor, dan jika menang, tempat di XY telahpun terjamin. Apapun, para pemain menyahut cabaran jurulatih untuk memastikan kemenangan dalam genggaman bagi merobek ego SMACH, iaitu jagoan SBP. Dan hasilnya, STAR menang 1-0 hasil jaringan Zahran Syahmi.


Perlawanan ke-tiga menentang SM Sains Johor merupakan perlawanan pelengkap dan penentu johan kumpulan C. Johan atau naib johan tidak mendapat apa-apa kelebihan kerana semua pasukan akan diundi semula dan STAR mengatur strategi untuk berada pada kedudukan naib johan dan berharap untuk mendapat undian kumpulan X bersama satu johan dan satu lagi naib johan. Dan keputusannya, STAR tewas 0-1 bermakna STAR muncul naib johan kumpulan C.

Kita nantikan undian dan juga perlawanan peringkat kalah mati iaitu pusingan X, Y. Moga mentari kemenangan akan menyinari Anacondas !



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...