Powered by Blogger.

Monday, May 20, 2013

KLHC JUARA PIALA TNB TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT



Jaringan penalti stroke pemain import Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Muhammad Imran pada minit ke-64 memadam harapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) merampas semula Piala TNB yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2009, apabila tewas 1-2 malam tadi.

Pentas final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam bagaimanapun menjadi yang termanis buat KLHC selepas turut melakar kejuaraan ketiga berturut-turut bagi pasukan yang bergelar juara berganda itu. Bagi kapten pasukan, Muhammad Razie Abd Rahim, kejuaraan berganda yang diraih kali ini amat berharga apa lagi pada awal musim lalu kelab itu dilanda sedikit kebimbangan dengan kehilangan enam pemain tonggak. 

Kemenangan bermakna

Namun kehadiran enam pemain import dalam pasukan disifatkan Muhammad Razie sebagai berbaloi dengan mereka mempamerkan komitmen tinggi sehingga mereka mengecap kejuaraan berganda musim ini.

"Ini satu kemenangan yang bermakna buat pasukan kami kerana TNB memberi tentangan yang sangat sengit sehinggalah tamat perlawanan.

"Pada permulaan musim KLHC kehilangan enam tonggak dan digantikan dengan pemain import. Bagi saya, mereka sudah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi sehingga membantu pasukan mengecap kejayaan berganda," kata Muhammad Razie. 
TNB membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 menerusi jaringan padang Amir Farid Ahmad Fuzi namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Mohd Syamim Mohd Yusof meledak jaringan penyamaan pada minit ke-20.

Juara membawa pulang trofi selain wang tunai RM70,000 manakala naib juara, RM50,000. Sapura yang meraih tempat ketiga menerima RM40,000 dan tempat keempat, Maybank RM30,000.

Sumber artkel : BERITA HARIAN

Sumber gamnbar : UTUSAN

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...