STAR muncul sebagai johan dalam aksi pusingan ke dua Kumpulan X apabila menewaskan SEMESTI dan SDAR. Dengan kedudukan ini STAR berjaya melangkah ke separuh akhir, pencapaian tertinggi dalam penglibatan di peringkat kebangsaan. Dan pasukan yang bakal ditentang adalah Sekolah Menengah Sains Johor, iaitu pasukan yang pernah menewaskan STAR dalam aksi peringkat kumpulan di pusingan awal.
Menentang SM Sains Johor bukan mudah apatah lagi SMSJ memiliki pemain lincah yang amat berbahaya, iaitu pemain berjersi nombor 10, Tengku. Kemampuan Tengku untuk melakukan "Korean Darg" apabila mendapat pukulan percuma sangat berbahaya.
STAR memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan apabila Nazrul Nazmi menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan baik sekali pada minit ke-10 perlawanan. Dengan kedudukan 1-0 STAR cuba menguasai perlawanan dan sesekali SMSJ melakukan serangan balas yang mencemaskan, namun kecekapan penjaga gol, Firdaus Zaki menafikan gol lawan.
Namun berselang 7 minit kemudian, akibat dari kesilapan pemain tengah STAR, iaitu Aiman Ariff melakukan hantaran yang dapat dibaca oleh pemain SMSJ membawa padah. Para penyerang SMSJ melakukan serangan balas yang pantas dah berjaya menewaskan Firdas Zaki untuk SMSJ menyamakan kedudukan 1-1.
Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Sewaktu rehat, jurulatih telah mengubah taktikal dengan melakukan pukulan terus ke dalam kotak penalti dari kawasan 25 permainan. Namun begitu, STAR dan SMSJ masih gagal untuk menamatkan kebuntuan jaringan dan sesekali pertahanan STAR cemas dengan pukulan "Korean Drag" oleh pemain berjersey nombor 10 SMSJ. Dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan apabila kedudukan masih terikat 1-1.
Dalam aksi masa tambahan, STAR memperoleh 3 pukulan sudut penalti, namun masih gagal menembusi benteng pertahanan SMSJ. Sewaktu perlawanan berbaki seminit dan seolah-oleh perlawanan akan ditentukan melalui pukulan penalti Shoot out, STAR memperoleh pukulan sudut penalti. Dan akhirnya Encik Shahnun mengarahkan set piece "TAIGA" digunakan. Dan Alhamdulillah, Zahran Syahmi tidak menghampakan apabila bola hantaran Zaim Ariffin berjaya ditolak masuk tanpa mampu ditahan oleh penjaga gol SMSJ. Dan akhirnya hon dibunyikan sebaik sahaja Zahran menjaringkan gol kemenangan.
Alhamdulillah, sejarah tercipta di bumi Dato Lela Pahlawan, apabila STAR buat pertama kali melayakkan diri ke perlawanan akhir. Terima kasih jurulatih, terima kasih pemain !
0 comments:
Post a Comment