Powered by Blogger.

Thursday, May 16, 2013

KEMARAU KEMENANGAN TERNOKTAH DI KEDAH, STAR JOHAN SBP KEBANGSAAN

Tujuh tahun STAR mengimpikan kejayaan dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan dan hari ini perancangan dan kerja keras selama ini berhasil apabila STAR berjaya meloloskan diri ke babak final. Terima kasih buat semua pemain dan jurulatih yang telah memastikan impian ke final menjadi kenyataan.

Lawan yang bakal ditemui ialah SDAR, lawan yang pernah ditemui dalam pusingan ke-2. Turun selaku bukan pasukan pilihan, tekanan pastinya terarah kepada SDAR. Apatah lagi SDAR memerlukan kemenangan ini kerana pada tahun 2012, mereka tewas di final kepada SEMESTI. Selain itu juga , mereka juga tewas kepada STAR di pusingan ke-2.

ANACONDAS seakan-akan mendapat tenaga tambahan apabila tiga buah bas membawa semua pelajar tingkatan 5 hadir tepat pada jam 3.30 petang. Terima kasih kepada para penyokong. Memulakan aksi di babak pertama, ke dua-dua pasukan dilihat cukup berhati-hati. STAR menghidangkan permainan pantas yang memerangkap pasukan lawan. Jurulatih mengarahkan para pemain untuk menguatkan dan memenuhkan kawasan tengah supaya SDAR menggunakan sayap kiri dan kanan untuk melakukan serangan. Ternyata taktik menjadi kerana SDAR merupakan pasukan yang tidak memiliki "patern play"  menggunakan sayap kiri dan kanan. Selain itu juga SDAR dilihat banyak menggunakan kekuatan individu.

Para penyokong datang memberi sokongan.

Memasuki minit ke-10 permainan, Zaim Ariffin yang berjaya meloloskan kepungan pertahanan SDAR dan berjaya membuat hantaran tepat kepada Nazrul Nazmi yang melakuakan 'deflectioan'. Akhirnya pintu gol SDAR dibolosi dan keputusan STAR 1 SDAR 0 kekal sehingga tamat aksi babak pertama.

Memasuki babak ke dua tidak banyak yang berubah. STAR gagal mengambil kesempatan daripada kgugupan para pemain SDAR berhadapan dengan para penyokong STAR. Pukulan sudut penalti yang diterima gagal disempurnakan, begitu juga Zahran Syahmi mensia-siakan peluang terhidang di hadapan pintu gol sewaktu berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol SDAR. Dan keputusan kekal 1-0.

Selepas 7 tahun mencuba, akhirnya tahun 2013 kita berjaya.

Akhirnya penantian selama 7 tahun tanpa gelaran berjaya ditebus oleh para pemain. Jutaan terima kasih buat semua pemain dan jurulatih serta para penyokong yang hadir memberi sokongan. Tahun 2013 akhirnya menoktahkan kejayaan STAR dalam Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan. Jumpa lagi di KISAS 2014.

Rouse up selepas perlawanan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...