Penyerang berbisa Tenaga Nasional Berhad (TNB), Faizal Saari bukan saja akan turun menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) esok dengan matlamat mahu merangkul Piala TNB tetapi melengkap misi ketiga berturut-turut dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan.
Ketika ini Faizal menyamai jumlah jaringan terbanyak iaitu 17 gol bersama pemain import Sapura, Khasif Ali yang bakal turun menentang Maybank dalam penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini. Meraih gelaran penjaring terbanyak untuk dua musim sebelum ini tidak membawa apa-apa makna berharga apabila kami tewas Piala TNB kepada KLHC, kata Faizal semalam.
Tekad penjaring terbanyak
Saya sekali lagi berazam mahu muncul penjaring terbanyak tetapi ketika sama mahu melakukannya dengan pasukan merangkul gelaran juara. Pada musim 2011-12, Faizal menjaringkan 19 gol untuk bergelar penjaring terbanyak tatkala pada musim selepas itu dia menjaringkan 20 gol keseluruhan.
KLHC selaku juara bertahan sedang memburu gelaran ketiga berturut dalam saingan Piala TNB selain mahu menyamai rekod keseluruhan TNB dalam saingan tempatan iaitu 12 kejuaraan.
Untuk rekod, pasukan TNB sudah menjuarai tujuh gelaran dalam Piala TNB dan lima gelaran liga tatkala KLHC baru meraih tiga gelaran dalam Piala TNB dan lapan gelaran liga.
Saya sudah membimbing KLHC untuk tempoh 14 tahun sekarang ini... meskipun kami menjuarai 11 gelaran, saya juga pernah dikecewakan dengan tewas dalam tujuh final. Jadi saya tahu bagaimana perasaan menjadi juara dan juga perasaan ketika kalah, kata jurulatih KLHC, Muhammad Dharma Raj Abdullah.
Sumber : Berita Harian
1 comments:
hebat mamat ni
Post a Comment