Powered by Blogger.

Wednesday, October 31, 2012

HOKI U15 STAR JUARAI KEJOHANAN HOKI SAKBA

Buat pertama kali STAR dijemput untuk menyertai Kejohanan Hoki Jemputan Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA) 9 sebelah Bawah 15 Tahun. STAR dan SERATAS merupakan dua sekolah perak yang dijemput, manakala sekolah-sekolah lain merupakan sekolah-sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

STAR diletakkan bersama empat sekolah lain dalam kumpulan A iaitu SM Sains Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, SM  Sains Sultan Muhammad Jiwa dan SM Sains Raja Tun Azlan Shah. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan STAR.

Kumpulan A

STAR VS SM Sains Kubang Pasu - menang 2-0
STAR VS SMSAH - menang 2-0
STAR VS SM Sains Sultan Muhammad Jiwa - menang 2-0
STAR vs SERATAS - seri 0-0

Dengan ini, STAR muncul juara kumpulan A dan akan bertemu SMS Tun Syeh Sheikh Shahabudin (SOKSEK) di peringkat separuh akhir.


Separuh akhir :

STAR vs SOKSEK - menang 1-0 (shootout penalty)

Akhir :

STAR vs SMK Dato Lela Pahlawan - menang 1-0

Dengan ini, STAR berjaya muncul JOHAN dalam percubaan pertama menyertai kejohanan tahunan yang sudah masuk edisi ke dua penganjuran. Tahniah diucapkan kepada jurulatih, dan semua pemain yang telah berjaya memenangi kejohanan.


Aksi final dalam hujan dan padang bertakung.


Wajah-wajah riang menerima pingat dan piala.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TAYAR PANCIT

Pertama kali merasai perjalanan jauh ke utara menaiki coaster. Bas dan van ada komitmen lain untuk beberapa aktiviti kokurikulum di beberapa tahun. Jadi nak tak nak, terpaksalah mengalah. Bimbang juga takut berlaku perkara yang tidak diingini di tengah jalan. Nauzubillahhiminzalik. 

Namun, tekad dan azam untuk bertanding dalam Kejohanan Hoki Jemputan SMS Kepala Batas sungguh membara. Bermulalah perjalanan kami.



Belum 5 Km dah terpeleot tengkuk. Pengsan da..


Pusara di lebuh raya lagu Ekamatra berkumandang. Opps ni lorong menora.


Steady abang Huzaimi a.k.a abag Bo. Walau Coster dah tua, tapi satu Malaysia boleh jalan. 


Tiba-tiba alamak. Tayar pancit di Lebuh raya. Semua panik. Tapi abang Bo tetap selamba. Katanya rileks.


Terpaksalah coster bergerak dalam keadaan ketiadaan angin untuk jarak 15 km. Sampai di Changkat Jetring barulah kita tukar tiub. Malang tak berbau katanya.


Ayoo, kuat la lu toke!


Perjalanan diteruskan dan kami sampai ke Kepala Batas lebih kurang jam 8.00 malam. Perjalanan yang sepatutnya dua jam setengah menjadi lima jam. Apapun terima kasih kepada abang Bo kerana sanggup memandu jauh menggunakan coaster yang sudah tua. Namun yang paling penting terima kasih Allah kerana melindungi perjalanan kami. 










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 29, 2012

KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN PIALA HAJJAH JAMAAH 2012 BAWAH 15 TAHUN 9 SEPASUKAN


1) Berikut merupkan maklumat Kejohanan Hoki Jemputan Piala Puan Hajah Jamah 2012 Bawah 15 Tahun 9 Sepasukan.

Tarikh : 30 Oktober 2012
Tempat : Stadium Hoki Majlis Perbandaran Sungai Petani
Kategori : Bawah Umur 15 Tahun (Lelaki)
                Bawah Umur 15 Tahun (Perempuan)

2) Pasukan hoki yang dijemput hendaklah menyerahkan borang penyertaan kepada urusuteia kejohanan sebelum atau pada 30 Oktober 2012 di :

Urusetia,
Kejohanan Hoki Jemputan Piala Puan Hajjah Jamaah 2012
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
Jalan Tun Hamdan Syeikh Tahir
13200 Kepala batas
Pulau Pinang
No Tel : 04-5751492
No fax : 04-5754145

3) Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja dan hendaklah dijelaskan secara tunai semasa pendaftaran pada hari kejohanan.

4) Hadiah disediakan untuk:

a) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat (Lelaki)
a) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat (Perempuan)

5) Sekolah-sekolah jemputan terdiri daripada :


1) SM Sultan Abdul Halim 
2) SM Sains Pokok Sena
3) SM Sains Kubang Pasu

4) SM Sains Sultan Muhammad Jiwa
5) SM Sains Kepala Batas
6) SM Sains Tun SYed Sheh Shahbudin
7) SBPI Kubang Pasu
8) SM Sains Tuanku Syed Putra
9) SM Sains Raja Tun Azlan Shah 
10) Sek Tuanku Abdul Rahman 
11) SMK Ibrahim




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, October 25, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB HOKI STAR 2012

Jamuan Akhir Tahun kelab Hoki STAR Ipoh

Tarikh : 23 Oktober 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Hotel Herritage, Ipoh


F4 players.


F1 palayers.


F3 players.

Penghargaan untuk kapten.


F4 dan f5 players.


Semua pemain bergambar kenangan sebelum pulang.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, October 24, 2012

TERENGGANU JUARA PIALA RAZAK 2012

 
Pahang gagal menggunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila kalah kepada Terengganu 0-3 dalam perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Kuantan, Indera Mahkota di sini, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Terengganu mencipta sejarah menjulang Piala Tun Razak buat kali pertama dan membawa pulang RM10,000.

Terenganu mendapat gol pertama hasil jaringan padang Mohd. Firhan Ashari seawal minit pertama.Terengganu yang beraksi garang beberapa kali berjaya dijinakkan Pahang sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

Pahang yang mendapat tiga pukulan sudut penalti pada separuh masa pertama gagal memanfaatkan peluang itu selepas penjaga gol Terengganu, Muhammad Hafizuddin Othman beraksi cemerlang.

Masuk separuh babak kedua, Terengganu mula mengaturkan strategi dan menambah jaringan menerusi jaringan padang Faizal Shaari minit ke-41 dan gol kemenangan menerusi Mohd. Fitri Saari minit ke-50.
Sementara itu, juara tahun lalu Kuala Lumpur hanya sekadar berjaya menduduki tempat ketiga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 8-4.

Gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Chua Boon Huat (minit ketiga, minit kelapan dan minit ke-20), 
Muhammad Razie Abd. Rahim (minit ke-34, minit ke-40, minit ke-44 dan minit ke-56) dan Mohd. Shamim Mohd. Yusoff minit ke-57.

Sementara Negeri Sembilan mendapat gol hasil jaringan Dangerous Lee (minit ke-35, minit ke-49 dan minit ke-52) dan Muhd. Ikhwan Ishak minit ke-70.

Pada perlawanan akhir Divisyen 2 pula, Melaka muncul juara selepas menang tipis ke atas Selangor dengan jaringan 5-4.

Hadir menyaksikan perlawanan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Sha, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (HMC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

SUMBER : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, October 22, 2012

KEJOHANAN HOKI DEWAN UPSI KALI KE-7

Buat kali pertama, STAR menghantar penyertaan ke Kejohanan Hoki Dewan UPSI kali ke-7 2012 yang berlangsung pada 19-21 oktober 2012. Penyertaan pasukan STAR A dan STAR B adalah semata-mata untuk menimba pengalaman dan merasai permainan hoki dewan. STAR A diletakkan dalam kumpulan F bersama Kuala Lumpur Sport School dan SMSJ knight B. manakala STAR B diundi bersama SMK Indah pura dan MSS Selangor. Berikut keputusan perlawanan peringkat kumpulan.

Kumpulan F
STAR A (0) vs KLSS (1)
SMSJ KNIGHTS B (1) vs STAR A (0)

STAR A tersingkir daripada kejohanan.

KUMPULAN G
STAR B (1) vs MSS Selangor (0)
STAR B (0) vs SMK indah pura (1)

STAR B menjuarai kumpulan G dan layak ke pusingan ke tiga. Dalam pusingan ketiga STAR B telah bertemu SEMETRO dan Alhamdulillah STAR B menang 2-0 dan seterusnya melangkah ke suku akhir. 

Di peringkat suku akhir STAR B telah bertemu dengan KLSS B dan keputusan penuh perlwanan terikat 1-1. ini telah memaksa pemenang ditentukan melalui penalti stroke. nasib tidak menyebelahi STAR apabila tewas penentuan penalti 0-2. 

Apapun tahniah untuk semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan. moga semua pemain dan jurulatih dapat menimba pengalaman beharga dari kejohanan ini.









TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, October 16, 2012

HOKI PIALA RAZAK TUKAR FORMAT TAHUN 2013


KUANTAN - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menukar format Kejohanan Hoki Piala Razak pada edisi 2013 bagike-50 tahun ini. Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, berdasarkan persembahan beberapa pasukan pada kejohanan kali ini terlalu banyak jurang antara pasukan sehingga mencatat jumlah jaringan yang besar.

"Saya rasa format kejohanan perlu ditukar pada edisi akan datang bagi memastikan barisan pemain yang beraksi mewakili negeri masing-masing benar-benar bersedia," katanya di sini semalam.

Katanya, pada perlawanan semalam, pasukan yang tewas seakan tidak bersedia hingga akur dengan kekalahan besar seperti kemenangan Kuala Lumpur 6-1 ke atas Perak.
  memperkasa dan mengembalikan status cemerlang dalam kejohanan yang mencapai penganjuran kali
"Ini jelas menunjukkan perlu ada satu format baru untuk digunakan bagi membolehkan mereka dapat bersaing dengan lebih adil," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berkata, pemilihan Pahang selaku tuan rumah pada edisi ke-50 itu juga bagi menarik minat orang ramai meminati sukan hoki yang tidak mendapat publisiti seperti bola sepak.
"Oleh itu, kejohanan yang tertua di negara ini diharap dapat menghidupkan sukan hoki berdasarkan kemudahan gelanggang bertaraf antarabangsa.

"Saya harap pasukan yang bertanding kali ini dapat mempamerkan mutu permainan membanggakan dan berkualiti tinggi," katanya.

Pada kejohanan yang bermula kelmarin, sebanyak 15 pasukan berentap untuk merebut Piala Tun Razak yang diadakan di Stadium Hoki Kuantan (SHK) selama sembilan hari.

Divisyen Satu dibahagikan kepada dua iaitu Kumpulan A diwakili juara bertahan, Kuala Lumpur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perak dan Negeri Sembilan manakala Kumpulan B pula Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor.

Divisyen Dua menyaksikan penyertaan Melaka, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah, Kelantan dan Polis.

Tengku Abdullah berharap orang ramai di sekitar negeri ini dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 14, 2012

“FAST FACT EVENT” KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI KALI KE-7, 2012 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK.


1) NAMA KEJOHANAN : 
 KEJOHANAN HOKI DEWAN TERBUKA UPSI KALI KE 7, 2012

2) Tarikh 
19, 20 & 21 Oktober 2012

3) Tempat
 Universiti Pendidikan Sultan Idris

4) Venue Pertandingan :
 Pusat Sukan, dan Gelanggang Serbaguna, Pusat Sukan, UPSI

5) Taklimat Pengurus
Tempat   : Dewan SITC
Tarikh       : 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa        : 8.00 Malam
Agenda   : Dilampirkan

6) “Bully Off” Kejohanan
Tarikh     : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa        : 3.00 Petang

7) Majlis Perasmian Pembukaan
Tarikh    : 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa       : 8.00 Malam
Tempat  : Belakang Auditorium, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dirasmikan Oleh : Yg. Bhg. Dr. Sharudin bin Ismail
                                    Setiausaha Bahagian Sukan, KPT

8) Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh     : 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa  : 4.00 Petang
Tempat   : Gimnasium, Pusat Sukan.
Dirasmikan Oleh : Prof. Dr. Zakaria Bin Kasa
                      Naib Canselor UPSI
*Mohon kerjasama setiap pasukan hadir pada majlis tersebut
*Pakaian sukan rasmi pasukan dan berkasut

9) Ketua Seketariat 
En. Zainuddin Bin Haji Hashim (013-3791117)

10) Ketua  Pegawai Teknikal 
En.Kulasinggam (019-5732763)

11) Ketua Pegawai  Pertandingan
En. Kanaisan (012-4530961)

12) Perubatan
Klinik Kesihatan UPSI
No Tel   : 05-450 6672

13) Keselamatan
Pegawai Keselamatan UPSI
No Tel   : 05-450 6177

14) Jadual Pertandingan
Diedarkan semasa mesyuarat pengurus pasukan






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, October 13, 2012

HI-TEA KELAB HOKI STAR


Kelab Hoki STAR akan mengadakan Hi Tea dan Jamuan Akhir Tahun pada 23 Oktober 2012 bertempat di  Hotel Herritage, Ipoh. Kepada semua ahli kelab, diharapkan dapat hadir pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, October 11, 2012

KLHC CIPTA HATRIK JUARA PIALA TNB 2012



Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mencipta hatrik apabila mengulangi kejuaraan buat kali ketiga selepas menewaskan pasukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) 3-0 pada perlawanan akhir Piala TNB 2012 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Perlawanan akhir itu yang pada awalnya dijadualkan bermula pada pukul 8.30 malam terpaksa ditangguhkan hampir satu jam akibat hujan lebat.
Juara Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011 itu meraih gol pertama menerusi jaringan padang oleh penyerang, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil seawal minit ke-11.
Dua minit kemudian, KLHC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua menerusi  Ismail Abu, juga menerusi jaringan gol padang.
KLHC terus mendominasi perlawanan dan menambah tekanan kepada TNB dengan jaringan gol padang ketiga mereka menerusi Muhammad Amerullah Abdul Aziz, seminit sebelum rehat.
Namun selepas rehat, kedua-dua pasukan masing-masing gagal menghasilkan jaringan dan lebih banyak bertahan.
Dengan kemenangan itu, KLHC membawa pulang tropi juara keseluruhan dan hadiah wang tunai RM60,000, sementara pemain pasukan itu, Ahmad Kazamirul Nasruddin telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Selaku naib juara, TNB membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM40,000.
Dalam pada itu perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan Maybank dan Sapura masing-masing berkongsi tempat ketiga buat pertama kali selepas terikat 2-2  pada perlawanan yang terpaksa dihentikan pada minit ke-58 akibat hujan lebat.

SUMBER : STADIUM ARENA



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, October 7, 2012

STAR VS STAROBA (OBW 2012)

OBW datang lagi. Tahun 2012, OBW agak lewat diadakan tidak seperti kebiasaan pada bulan Julai. Kali ini bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, STAR dan STAROBA berentap sekali lagi dalam "annual friendly match" pada 16 September 2012. Buat pertama kali juga perlawanan yang menghimpunkan pemain-pemain hoki STAR dari beberapa zaman dan era di Stadium yang sama, namun menggunakan turf yang berbeza. Kali ini buat pertama kali, turf biru digunakan.

Walaupun tanpa kehadiran Cikgu Shahnun yang terpaksa membawa pelajar menyertai Pertandingan Bahas, namun STAR tetap tenang menghalang setiap asakan oleh seniors mereka. STAROBA sememangnya ketandusan kemenangan kerana perlawanan dua tahun kebelakang ini, mereka tewas buat dua tahun berturut-turut. Tahun 2010 dan 2011 masing-masing dengan 1-2.

Keadaan cuaca yang agak tidak menentu dengan hujan lebat turun pada pagi Ahad mengakibatkan momentum perlawanan agak terganggu. Walaupun begitu STAR tetap memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan banyak gol dengan melancarkan serangan yang bertali arus ke kubu lawan. Namun, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya gol yang dinanti-nanti muncul apabila Zahran Syahmi berjaya menolak masuk hantaran lintang oleh Alham. Tahniah dan keduudkan kekal 1-0. 

Alhamdulillah, STAR buat tahun ke tiga berturut-turut menang 1-0. Tahniah buat semua. kepada STAROBA , terima kasih atas perlawanan persahabatan yang hebat dengan pasukan sekolah. Jumpa lagi OBW 2013.


Cg nizam membantu kerana ketiadaan Cg Shahnun.


Zaim @ Temon cuba menghalang kemaraan Saudara Azwan (batch 2005)


Rusydi, Alham dan Faris memberikan sumbangan terakhir kepada STAR sebagai pemain.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

FRIENDLY STAR VS ANDERSON JUNIOR

Berikut merupakan sebahagian rakaman perlawana persahabatan STAR menentang ANDERSON JUNIOR pada 28 September 2012 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Perlawnana selama sejam ini berkesudahan STAR menang 2-0 hasil jaringan hasil dua gol yang disumbangkan oleh AIMAN NAZMI. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

TERENGGANU SASAR JUARAI HOKI PIALA RAZAK 2012


TIGA pemain senior adalah antara 16 pemain disenaraikan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bagi membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Kuantan, Pahang dari 14 hingga 23 Oktober ini.
Setiausaha PHT Sabri Salleh berkata tiga pemain senior yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu dalam memburu kejuaraan pertama pada kejohanan itu ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Shahrin Mohamad dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.
"Pemain selebihnya terdiri daripada muka baru yang mewakili Terengganu dalam acara hoki pada Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang Julai lepas," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ketika ini, kebanyakan pemain Terengganu menyertai Kejohanan Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan mewakili beberapa pasukan, antaranya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sapura, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).
Katanya Terengganu mempunyai peluang cerah merangkul kejuaraan sulung pada kejohanan tersebut berdasarkan prestasi semasa pemain dalam kejohanan LHM.
Beliau, bagaimanapun berkata PHT sedikit terkilan kerana tidak dapat mengumpulkan semua pemain menjalani pusat bagi menghadapi kejohanan itu kerana masing-masing terikat dengan kejohanan LHM.
"Kita mungkin dapat kumpulkan mereka di Kuantan pada 12 Oktober selepas perlawanan akhir kejohanan LHM yang dijadualkan pada 10 Oktober," katanya.
Terengganu menamatkan cabaran pada kejohanan tersebut tahun lepas di tempat ketiga dan ia merupakan pencapaian terbaik pasukan itu dalam penyertaan mereka pada Piala Tun Razak.
Sabri berkata Piala Tun Razak tahun ini juga akan menjadi pentas mengenal pasti pemain bagi mewakili pasukan hoki dari Terengganu yang akan ditubuhkan tahun depan untuk bersaing dalam kejohanan LHM.
Pada Piala Tun Razak kali ini, beliau berkata, pasukan Terengganu akan dibimbing oleh jurulatih Nik Rozimi Nik Mohamad. - Bernama



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, October 6, 2012

GOOD LUCK ANACONDA'S


Kelab Hoki STAR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada para pemain tingkatan tiga terdiri daripada :

1) RAJA ZAINUDDIN (deffend)
2) IZHAM (forward)
3) IQBAL ( right half)
4) ZAIM ARIFFIN (left half)
5) AMIR SAIFULLAH ( deffend)
6) RIDHUAN (Ddeffend)
7) ZAKWAN (forward)
8) AMIRUL (forward)
9) MEOR ARIF (left half)
10) AZALI (Deffend)

Semoga berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti ! Do the best, stay the best, beat the best!

Hebat sukan, hebat akademik !!





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...