Powered by Blogger.

Sunday, December 2, 2012

KUALA LUMPUR, N.SEMBILAN JUARA BERSAMA KEJOHANAN HOKI VETEREN KEBANGSAAN


Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan diumumkan sebagai juara bersama Kejohanan Hoki Veteren Kebangsaan di Alor Setar, Kedah. Perlawanan akhir antara Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur terpaksa dihentikan ketika perlawanan hanya berusia sepuluh minit kerana cuaca tidak mengizinkan. Untuk rekod pada tahun 2011, Negeri Sembilan juga muncul juara apabila menewaskan Perak 1-0.

Sebelum itu, Perak muncul pemenang tempat ke-3 apabila menewaskan PDRM 1-0. Kejohanan kali ini disertai oleh lapan pasukan.

Keputusan : 

Juara Bersama : Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan
Ke-3 : Perak
Ke-4 : PDRM
Penjaga Gol Terbaik : Daljit Singh (Negeri Sembilan)
Penjaring Terbanyak : Abu Zaireen (Negeri Sembilan)
Pemain Terbaik : Louis Gregory (Kuala Lumpur)
Anugerah Khas : Ng Hak Keen (Perak)








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...