Powered by Blogger.

Friday, December 28, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA TEWASKAN CHINA UNTUK KEDUDUKAN KE-3

Malaysia berjaya memenangi pingat gangsa ataupun tempat ke- tiga dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia apabila menewaskan China 3-1 sebentar tadi. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya menebus kehampaan sebelum ini apabila tewas kepada China dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Walaubagaimanapun China terlebih dahulu di hadapan apabila mendahului Malaysia 1-0 melalui jaringan Liu Yi Xian pada minit ke-21 dan keputusan separuh masa pertama kekal 1-0. Malaysia bangkit dalam aksi babak ke-dua apabila menjaringkan gol pada minit ke-41 melalui Mohd Marhan Jalil. Berselang 19 minit kemudian,  Mohd Razir Rahim meetakkan Malaysia di hadapan apabila menjadikan kedudukan 2-1 hasil jaringan pada minit ke-60 melalui pukulan sudut penalti.

Selepas itu giliran Azlan Misron meletakkan malaysia d hadapan 3-1 apabila bola  beliau ditolak masuk oleh pemain China ke gawang sendiri. Dengan keputusan ini, Malaysia mengulangi pencapaian tahun lepas dengan mengutip gangsa.

Dalam aksi sebelumnya Oman berjaya meraih kedudukan ke-5 apabila menewaskan Jepun 2-1.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...