Powered by Blogger.

Saturday, December 22, 2012

TROFI JUARA-JUARA ASIA : MALAYSIA CATAT KEMENANGAN KE-2 KALAHKAN OMAN 4-1

Malaysia mencatatkan kemenangan ke-2 dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia. Selepas cemerlang menewaskan Jepun 4-1 semalam, anak-anak buah Paul Revington bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menewaskan Oman 4-1. 


Oman terlebih dahulu mencemaskan kem Malaysia apabila menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti melalui Bait Jandal pada minit ke-16 perlawanan.

Faizal Saari menyamakan kedudukan 1-1 melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-23 sebelum Mohd razie rahim menjadikan kedudukan 2-1 lia minit kemuadian (minit ke-28). Gol ke tiga Malaysia hadir pada separuh masa kedua juga melalui Razie pada minit ke-62 dan Tengku Ahmad Tajuddin  menjadikan kedudukan 4-1 apabila menjaringkan gol pada minit ke-66.

Keputusan hari ke-2 :

India 3 Japan 1


Pakistan 5 China 2

Malaysia 4 Oman 1




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...