Powered by Blogger.

Monday, December 10, 2012

PESTA HOKI USM- 2 CAPS ANTARABANGSA

Pesta Hoki USM-Penang International yang baru berlangsung merupakan pengalaman pertama STAR menyertai kejohanan 3 hari ini. STAR buat pertama kalinya menghantar pasukan bawah 15 Tahun untuk bertanding dalam kategori Junior Boys. STAR telah diletakkan bersama pasukan Gold Team (Sri Lanka), Majlis sukan Sekolah-sekolah Selangor B dan Penang Free School dalam kumpulan F.

STAR bertuah kerana dapat bermain dengan pasukan hebat dan bertaraf antarabangsa. Dalam aksi pertama STAR bertemu dengan Gold Team (Sri Lanka). Sri langka menampilkan corak menyerang yang kemas dan kemenangan memihak kepada mereka dan STAR tewas 0-1.

Perlawanan ke dua merupakan perlawanan hidup atau mati STAR. Jika tewas STAR akan gagal ke peringkat ke dua. Dan STAR turun dengan aksi yang lebih meyakinkan dalam perlwanan ke dua, STAR menang 2-0 mengatasi MSS Selangor hasil jaringan Iqbal Ramlan untuk ke dua-dua gol.

Melengkapkan jadual pada hari pertama STAR dijadualkan menentang Penang Free School, sekolah ternama dalam sukan hoki. Turun selaku underdog, STAR akhirnya berjaya mewaskan PFS buat pertama kali dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Izham Nishah. Alhamdulillah STAR berada pada ke dudukan ke dua kumpulan dan layak ke pusingan ke dua.

Pusingan ke dua menyaksikan STAR bertemu Chinese Taipie. Tamat masa perlawanan sebenar kedudukan terikat 0-0 walaupun STAR memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol sama ada melalui gol padang atau PC. Keputusan seri membawa kepada Penalti Stroke. namun , sayangnya STAR tewas 0-1.

Pengalaman yang cukup berharga. Tahniah kepada semua pemain untuk 2 caps antarabangsa.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...