Powered by Blogger.

Monday, December 31, 2012

KEJOHANAN HOKI DEWAN (6 SEBELAH) PIALA MERDEKA [PIALA DATO’ ZAINOL FADZI BIN HAJI PAHARUDIN]

PERATURAN AM

1.0 NAMA PERTANDINGAN :  

KEJOHANAN HOKI DEWAN (6 SEBELAH) PIALA MERDEKA [PIALA DATO’  ZAINOL FADZI BIN HAJI PAHARUDIN]

2.0 PENYERTAAN

2.1 Terbuka kepada semua sekolah, kelab, persatuan, institut pengajian tinggi, atau mana-mana pasukan yang berminat.

3. 0 PENDAFTARAN

3.1   Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain maksima : 6 PEMAIN & 2 SIMPANAN (8 PEMAIN SAHAJA)
3.2   Kategori umur : TERBUKA
3.3   Yuran penyertaan : RM 100.00 satu pasukan.
3.4   Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja.

4.0 TEMPOH PERLAWANAN

4.1   Tempoh perlawanan 8 minit tanpa rehat.
4.2   Perlawanan akan bermula sebagaimana yang dijadualkan. Sekiranya satu pasukan gagal hadir pada masa yang ditetapkan, tempoh TIGA minit akan diberikan, dan jika sekiranya masih gagal, pasukan lawan akan diberikan “WALKOVER”
4.3   “WALKOVER “ juga akan diberikan oleh pengadil jika sekiranya pasukan yang bermain  tidak menempatkan sekurang-kurangnya TIGA PEMAIN.
4.4 Bagi perlawanan separuh akhir keatas tempoh perlawanan 7:1:7

5.0 PERALATAN PERTANDINGAN:

5.1   Kayu hoki disediakan oleh pengelola.
5.2   Sebarang jenis kayu hoki (Indoor) boleh digunakan dalam kejohanan ini setelah diperiksa oleh jawatankuasa teknikal.

6.0 PENGURUS PASUKAN

6.1   Setiap pasukan mesti mempunyai seorang pengurus pasukan yang duduk bersama di “team bench” semasa pasukannya bermain.
6.2   Pengurus pasukan mesti bertanggungjawab terhadap kelakuan dan tingkahlaku pegawai / pemain pasukannya.
6.3   Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan untuk berbincang dengan pengarah pertandingan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kejohanan.

7. 0 PENGGANTIAN

7.1   Setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran pemain secara “ROLLING SUBSITUTION” pada bila-bila masa tetapi perlu mendapat kebenaran daripada pihak pegawai teknikal yang bertugas.

8. 0 ETIKA PAKAIAN

8.1   Setiap perlu memakai jersi yang mempunyai nombor.
8.2   Jika terdapat pasukan yang memakai jersi yang mempunyai warna yang sama, pasukan yang disebut dahulu di dalam jadual perlawanan harus menukar jersi atau memakai bib.

9. 0  JADUAL

9.1   Pengelola adalah bertanggungjawab menyediakan jadual sebelum kejohanan bermula.
9.2   Pengelola juga berhak membuat perubahan jadual sekiranya perlu.
9.3   Tempat untuk semua perlawanan akan ditentukan oleh pengelola.

10.0 PENGARAH PERTANDINGAN

10.1 Semua perkara berkaitan dengan kejohanan ini akan dirujuk kepada Pengarah Pertandingan.
10.2 Pengarah Pertandingan diberi kuasa untuk membuat sebarang pertukaran jadual sekiranya perlu.

11.0   PENGADIL

11.1 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD .
11.2 Sebarang bantahan hendaklah dikemukan dalam masa tidak selewat-lewatnya 10 minit 
selepas tamat perlawanan dan mengemukan RM200.00 sebagai wang 
pertaruhan.Sekiranya bantahan diterima wang pertaruhan akan dipulangkan dan 
sekiranya bantahan ditolak wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.

12.0   SISTEM PERTANDINGAN

12.1 PUSINGAN AWAL
12.1.1      Pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
12.1.2      Pertandingan dijalankan secara sistem liga
12.1.3      Dua (2) pasukan yang teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.
12.1.4      Setiap perlawanan akan diberi :
12.1.4.1          MENANG : 3 MATA
12.1.4.2          SERI : 1 MATA
12.1.4.3          KALAH : 0 MATA
12.1.5      Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai kedudukan mata yang sama setelah 
selesai pusingan awal, maka perkara berikut mengikut turutan akan  
dipertimbangkan untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan kedua :
12.1.5.1    Sekiranya mata sama, pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah 
perlawanan yang DIMENANGI oleh pasukan tersebut.
12.1.5.2          Sekiranya masih sama, maka PERBEZAAN GOL akan diambilkira.
12.1.5.3          Sekiranya masih sama, maka JUMLAH JARINGAN akan diambilkira.
12.1.5.4          Sekiranya masih sama, maka KEMENANGAN KE ATAS PIHAK LAWAN akan 
diambilkira.
12.1.5.5          Sekiranya masih terdapat persamaan, kedudukan pasukan akan ditentukan 
oleh “Penalty”
12.1.6      Jika terdapat lebih daripada dua pasukan yang sama, “Penalty”akan dijalankan 
secara liga.

12.2         PUSINGAN KEDUA / SUKU AKHIR / SEPARUH AKHIR
12.2.1      DUA(2) pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua.
12.2.2      Ianya dijalankan secara “KNOCK-OUT”
12.2.3      Pemenang perlawanan akan layak ke pusingan seterusnya
12.2.3.1          Sekiranya perlawanan berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan 
melalui  “Penalty”.


12.3         AKHIR
12.3.1      Pemenang perlawanan akan bergelar JOHAN
12.3.2      Sekiranya perlawanan berakhir dengan seri, maka masa tambahan 2 minit bagi setiap tempoh separuh masa tanpa rehat (2:1:2). Perlawanan akan selesai sebaik sahaja salah satu pasukan dapat menjaringkan satu gol terlebih dahulu “GOLDEN GOAL”
12.3.3      Sekiranya perlawanan masih seri, pemenang akan ditentukan melalui  “Penalty”.

13.0 PENGGANTUNGAN

13.1         Jika pemain dikenakan kad :
13.1.1      Hijau : PENGGANTUNGAN 1 MINIT
13.1.2      Kuning : PENGANTUNGAN 2 MINIT
13.1.3      Merah : KELUAR PADANG, DAN DITAMBAH 1 PENGANTUNGAN 
PERLAWANAN SETERUSNYA

14.0 PENALTY

14.1 Tiga (3) pemain dari setiap pasukan akan membuat pukulan penalti secara selang seli 
antara satu sama lain.
14.2  Jarak kawasan mengambil pukulan penalti adalah seperti tempat ditetapkan. Pemain 
menyerang hanya dibenarkan membuat  TOLAKAN KE ARAH GOL SAHAJA, tanpa 
melakukan pukulan.
14.3  Jika keputusan masih seri, pukulan penalti akan dibuat secara “SUDDEN DEATH”.
14.4  Jika keputusan masih seri, pemenang akan dikira dengan balingan syiling.
14.5  Pertukaran giliran dibenarkan selepas pusingan awal tetapi pertukaran pemain tidak 
dibenarkan sama sekali untuk pukulan penalti tersebut.

15.0  PIALA KEJOHANAN

15.1  Piala kejohanan adalah merupakan piala pusingan, pasukan yang menjadi johan hanya 
dibenarkan bergambar sahaja sebleum diserahkan kembali kepada pihak 
penganjur.Bagi pasukan di sekitar Teluk Intan dikehendaki memulangkan semul
kepada pihak penganjur dalam tempoh masa 30 hari selepas berakhirnya kejohanan 
tersebut.

16.0  PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

16.1  Semua perkara mengenai pengurusan kejohanan ini yang tidak termaktub dalam 
peraturan-peraturan adalah dalam bidang kuasa Pengarah Pertandingan dan segala 
keputusan adalah MUKTAMAD.
16.2 Pengelola berhak untuk meminda atau membuat sebarang pertukaran dalam 
peraturan.



INTERPRETASI TERHADAP UNDANG-UNDANG PERMAINAN.

Merupakan permainan yang DIUBAHSUAI daripada permainan “indoor hockey”
Tidak mempunyai penghadang tepi (side board)
Keluasan gol : Gol Futsal (Tiada Dinding Belakang/Sound Board)
Tidak dibenarkan menaikkan bola secara sengaja atau tidak, kecuali untuk menjaringkan gol.
Semua pemain tidak dibenarkan membuat :
6.1   Pukulan
6.2   Slap shot
6.3   Scoop
6.4   Jinking (mengelecek sambil menaikkan bola)
6.5   Jab tackle atau lounce takcle (merebut bola dari jarak jauh)  
TIADA pukulan sudut panjang (long corner) atau sudut penalti (penalty corner) dimainkan.
Apabila kesalahan berlaku, bola mesti dihentikan terlebih dahulu sebelum tolakan semula dibuat.
Di dalam kawasan D, jika pasukan bertahan :
9.1   Sengaja mengeluarkan bola ke belakang garisan gol, atau
9.2   Melakukan kesalahan, TETAPI BOLA BUKAN KE ARAH GOL, maka
9.3   Pukulan sudut  pendek akan diberikan diluar kawasan D kepada pasukan menyerang dan hanya 5 pemain pasukan bertahan dibenarkan berada di dalam kawasan D , dan 1 pemain yang lain perlu berada di garisan tengah sehingga bola dimainkan. Pemain menyerang tiada had.
Di dalam kawasan D, jika pasukan bertahan :
10.1   Melakukan kesalahan, APABILA BOLA KE ARAH GOL, maka
10.2   Tolakan (penalty) diberikan kepada pasukan menyerang dalam jarak yang telah ditetapkan  .






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...