Powered by Blogger.

Friday, February 22, 2013

HOKI LIGA DUNIA WANITA : MALAYSIA TEWASKAN KAZAKHSTAN 3-1


Malaysia mencapai kemenangan kedua dalam tiga perlawanan pada pusingan kedua Hoki Liga Dunia Wanita apabila menumpaskan Kazakhstan 3-1 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, malam tadi.
Selepas tumpas 3-0 kepada India Rabu lepas, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim bangkit semula dengan jaringan Siti Noor Amarina seawal minit keempat.
Norhasikin Halim menambah gol kedua Malaysia pada minit ke-27 sebelum Nor Azlin Sumantri menghasilkan gol ketiga lima minit kemudian untuk kedudukan selesa pada babak pertama.
Kazakhstan, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang pertandingan itu, bagaimanapun memecah kebuntuan dengan gol tunggal Vera Domashinova pada minit ke-68.
Malaysia, yang mengatasi Russia 3-1 pada perlawanan pembukaan, akan menentang Fiji hari ini. – BERNAMA





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...