Powered by Blogger.

Saturday, February 9, 2013

SOROTAN MJHL 2013 : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH

Tahun 2013, STAR Hockey mengorak langkah mencipta sejarah tersendiri apabila menyertai Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL 2013). Berbekalkan semangat dan sedikit pengalaman, pasukan yang baru dihidupkan semula dalam tempoh tak sampai tiga tahun mencuba nasib dalam liga yang dianggap berprestij ini. STAR diletakkan dalam Division 2A bersama Anderson-PHA, KHA Juniors,1 Mas Penang, Kelantan, MSS Perlis, SERATAS, Nurinsafi dan MATRI Perlis.

Aksi bertemu SERATAS

Memulakan saingan liga STAR dipertemukan dengan SERATAS, Johan Hoki Sekolah Berasrama Penuh 2011. Dalam pertemuan tersebut, STAR berjaya menewaskan SERATAS 2-0 hasil jaringan Nazrul Nadzmi dan Amirul Hafiz. Alhamdulillah, kemenangan pertama dalam liga. 

Perlawanan menentang KHS Juniors

Perlawanan  seterusnya STAR menerima kunjungan Kedah Hoki Association Juniors (KHA), satu pasukan yang cukup berpengalaman dalam saingan MJHL. Dalam perlawanan ini, STAR menunjukkan aksi yang membanggakan pada separuh masa pertama dan mendahului 1-0 hasil jaringan Zahran Syahmi.  Namun, pada separuh masa ke dua, Kedah mula menggandakan serangan dan hasilnya, lima minit sebelum masa permainan tamat, Kedah menyamakan kedudukan 1-1. 

Kekalahan terbesar dalam liga kepada Kelantan.

Menuju perlawanan ke tiga sememangnya pasukan Kelantan amat digeruni kerana membariskan para pemain yang rata-rata berusia 18 dan 19 tahun. Apatah lagi pasukan ini merupakan pasukan yang cukup berpengalaman dalam MJHL. Dan kegagalan mengekang serangan dan keberkesanan pukulan sudut penalti lawan, kami akur tewas 0-6.

Aksi menentang pasukan Kelab, NurInsafi di Sungai Petani.

Perlawanan ke-4 menyaksikan STAR menjadi pasuka pelawat kepada pasukan berstatus kelab, iaitu Nurinsafi. Mungkin dengan berubah angin sesuatu yang positif dapat dicapai. Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki MPSP ini STAR hanya menang dengan 1-0 hasil jaringan tunggal Zaim Ariffin walaupun mendapat banyak peluang keemasan menjaringkan gol. Apapun kemenangan tipis ini amat melegakan untuk bekalan perlawanan seterusnya.

Kejayaan ke-tiga menewaskan 1 MAs Penang

Perlawanan ke-5 STAR kembali bermain di halaman sendiri. Kali ini menentang pasukan yang liat untuk ditewaskan iaitu 1 MAS Penang. Dalam aksi yang diadakan di Stadium Azlan Shah, STAR bermain secara taktikal dan akhirnya berjaya menewaskan 1 Mas Penang dengan jaringan 2-0 . Jaringan dilakukan oleh Nazrul Nazmi dan Izham Nisha. 


Nayanyian lagu sekolah sebelum bertemu Anderson -PHA

Minggu yang memeritkan. Begitulah antara ungkapan yang boleh dilafazkan kerana kami dijadualkan berhadapan dengan dua pasukan yang kuat iaitu Anderson - PHA dan MSS Perlis. Dalam perlawanan menentang Anderson STAR tiada jawapan terhadap semua hantaran pantas dan serangan Anderson. Ternyata kelemahan PC menjadi duri dalam daging dan STAR tewas 0-3. Peluang untuk sekurang-kurangnya bergelar naib juara musnah.

MSS Perlis meranapkan impian menduudki empat tempat teratas.

Tersentak dengan kekalahan di tangan Anderson, STAR menuju ke utara tanah air menentang MSS Perlis di Alor Setar. Dengan sedikit jarapan diletakkan untuk sekurang-kurangnya mencatat kemenangan dan menduduki tangga ke-3 liga, namun harapan tinggal harapan. Ternyata kali ini kekuatan pasukan negeri sememangnya berada pada kedudukan yang lebih baik. STAR tiada jawapan atas kekalah besar 0-4 kepada Perlis. Kami tewas kepada pasukan yang lebih kuat. Dan harapan untuk berada pada empat tempat teratas juga musnah. 

MATRI berjaya ditewaskan dengan jaringan 3-1

Akhirnya perlawanan terakhir tiba juga. Kami kembali ke Stadium Azlan Shah, Ipoh menanti kunjungan MATRI Perlis. Perlawanan melibatkan maruah STAR pada hari tersebut. Kami seboleh-bolehnya ingin kemenangan untuk menutup kekecewaan dua perlawanan sebelumnya. Alhamdulillah, penutup yang sempurna apabila kami menang 3-1 . Gol jaringan Zahran Syahmi (2 gol) dan faris Habeha. Alhamdulillah.

Dan inilah keduudkan liga Divisyen 2A. STAR  berada di tempat ke-5.

Division 2 - Group A

TeamPlayedWinsDRAWLostGDGoals scoreGoals concededPoints
1PHK-MSSK-MSN880028381024
2Anderson Jr-PHA85211625917
3PHPS/MSS Perlis852113271417
4KHA Junior84311117615
5Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)8413-691513
61MAS Penang8305116159
7SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)8116-98174
8Matri Perlis8116-246304
9Nur Insafi8008-302320




Terima kasih tidak terhingga buat jurulatih, pengurus, fisio, dan yang paling penting para pemain yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kejayaan STAR Hockey. 

Mr Shahnun, Mr Iqbal, Alham, Faris, Ridzuan, Afiq, Firdaus Zaki, Firdaus Shahril, Hakim, Fadil, Zahran, Nami, Zaim, Iqbal, Raja, Amirul, Amir, Izham, Mior, Rihuan, Azali, Aman, Boki, Ammar dan Arif. Tidak lupa juga kepada STAROBA Hockey yang menyumbang kewangan dan moral support kepada pasukan. Moga tahun 2014, kita mampu memperbaiki kedudukan dalam liga.  Love STAR, Love Hockey and Love Anacondas !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments:

nisyshy said...

replica bags hermes replica bags from turkey replica bags forum

seeseigh said...

Continue Reading Dolabuy Prada go now YSL Dolabuy investigate this site this contact form

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...