Powered by Blogger.

Monday, February 18, 2013

KLSS MUNCUL JUARA DIVISYEN 2 ATASI KELANTAN



Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) mencatat sejarah baru dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia MHC-Milo-MSN apabila menjuarai Divisyen Dua buat pertama kali dengan menewaskan PHK-MSS Kelantan 2-1, semalam. 


SSKL yang mula menyertai kejohanan sejak 2011 bagaimanapun ketinggalan apabila lawan yang juga bekas juara Divisyen Dua pada 2008 terlebih dulu mendahului menerusi Mohammad Fitri Zaidi pada minit ke-13.  Namun, skuad warga kota itu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17 hasil jaringan Muhammad Firdaus Muzairi menerusi pukulan sudut penalti sebelum Jagveen Singh memastikan SSKL menjulang mahkota kejuaraan dengan gol kemenangan pada minit ke-37. 



“Sudah tentu kami bangga dan gembira dengan kemenangan ini. Namun, ia bukan mudah, sebaliknya hasil kerja keras pemain yang mengikut taktikal seperti yang dirancang,” kata penolong jurulatih SSKL, Azli Ishak ketika ditemui semalam. 

Layak beraksi Divisyen Satu 

SSKL membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, manakala PHK-MSS Kelantan menerima RM8,500, sementara Politeknik KPT serta Anderson jr yang menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing berpuas hati dengan RM7,000 serta RM6,000. 

Kedua-dua pasukan yang beraksi di final itu secara automatik layak ke saingan suku akhir Piala Milo bersama enam pasukan di Divisyen Satu selepas ini bagi merebut hadiah juara keseluruhan bernilai RM25,000. 

“Kami sudah layak bersaing ke Divisyen Satu musim depan dan akan beraksi di suku akhir Piala Milo. Ia adalah pencapaian yang tidak disangka dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk mara ke separuh akhir Piala Milo walaupun sedar halangan pastinya lebih hebat,” katanya.

sumber : BERITA HARIAN










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

Unknown said...

dah follow awak..
saya tag awak...

http://www.aienhermionie.my/2013/02/big-giveaway-by-cikgu-fizi-fizgraphic.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...