Powered by Blogger.

Sunday, February 17, 2013

MJHL 2013 : KLSS IMPI JUARAI DIVISYEN DUA


Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Kuala Lumpur (KLSS) memasang hajat besar untuk menjulang kejuaraan Divisyen Dua Liga Hoki Remaja MHC-MILO-MSN apabila bakal bertemu PHK-MSSK Kelantan di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini.
Bagaimanapun, pengurus pasukan, Zainal Ariffin Abdullah tidak mahu anak buahnya yang menewaskan Anderson Juniors, 5-1 pada separuh akhir kelmarin, terlalu teruja untuk menjulang kejuaraan itu hingga menjejaskan rentak permainan mereka.
“Bagi saya, peluang kedua-dua pasukan menjulang kejuaraan seimbang tapi sudah tentu kami mahu menetapkan sasaran untuk muncul juara.
“Kami tidak pernah bertemu PHK-MSSK Kelantan tapi apa yang saya tahu mereka bukanlah lawan yang mudah untuk dijinak.
“Sebab itu kami tidak mahu mendabik dada mengatakan mampu menewaskan mereka. Yang penting ialah aksi pemain ketika perlawanan sebenar esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi semalam.
Kejayaan melayakkan diri ke final bermakna KLSS dan Kelantan akan menyertai enam pasukan lain dari Divisyen Satu bagi merebut Piala Milo dalam aksi kalah mati dengan undiannya akan dilakukan esok.
Kelantan mara ke final selepas menewaskan Politeknik KPT, 4-3, namun kehilangan tonggak utama, Muhammad Ashraf Mohd Noor yang dilayangkan kad merah pada minit ke-51.
Mengulas mengenai Kelantan yang pasti tidak dapat menurunkan tonggak utamanya itu, Zainal berkata, ia mungkin memberi sedikit kelebihan kepada anak buahnya.
“Apapun kami perlu beraksi dengan kemas dan menutup segala ruang, menghalang Kelantan melakukan serangan.”

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...