Powered by Blogger.

Thursday, May 9, 2013

KUMPULAN X : SEMESTI, SDAR BERJAYA DIJINAKKAN

STAR berjaya melayakkan diri ke Pusingan ke-2 iaitu dan diundi bersama Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI). Kumpulan X dianggap sukar kerana ke dua-dua pasukan merupakan finalsit pada tahun 2012 di Johor Bharu dan SEMESTi muncul sebagai juara. namun, pemain telah disiapkan mental mereka dengan sebaik mungkin.

Perlawanan pertama STAR menentang SEMESTI. Perlawanan yang dianggap sukar juga menentang juara bertahan. Namun, taktikal yang digunakan menjadi dan menghalang SEMESTI dari melakukan asakan-asakan bahaya. Gol pertama STAR hadir pada minit ke 17 apabila Zahran Syahmi menyempurnakan hantaran Izham Nisha.  Memasuki babak ke dua permainan, SEMESTI dilihat semakin hilang fokus sehingga melakukan banyak kesalahan-kesalahan mudah membolehkan Zahran Syahmi sekali lagi mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan untuk gol ke dua STAR. Dan akhirnya STAR memenangi perlawanan dengan 2-0.

Berselang sejam, STAR sekali lagi turun untuk melengkapkan jadual perlawanan kumpulan X dan menentukan juara Kumpulan X. Kali ini SDAR pula menanti. Dalam aksi menentang SDAR , Cikgu Shahnun mengarahkan pemain untuk memberi tekanan seawal permainan bermula dan mencari gol awal bagi memastikan SDAR hilang keyakinan dan seperti perancangan, Nazrul Nazmi berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti seawal minit ke-5 permainan menjadikan kedudukan 1-0. Berselang 10 minit kemudian, Zahran Syahmi hampir berjaya menambah jaringan, namun bola kuisannya berjaya ditampan oleh penjaga gol SDAR.


Memasuki babak ke dua perlawanan, STAR menggandakan asakan dan merantai pemain lincah SDAR bernombor 4, iaitu Hafiz dan membataskan pergerakannya. Dan kedudukan kekal dengan STAR muncul pemenang 1-0.

Dengan memungut 6 mata penuh dalam pusingan ke dua, STAR muncul juara kumpulan X dan akan bertemu naib juara kumpulan Y iaitu Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ). Moga esok hari menjanjikan kegemilangan buat STAR. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...