Email dari MHC
Salam sejahtera.
Kepada semua pengurus pasukan Hoki Liga Remaja tahun 2014.
Rujuk kepada perkara tajuk di atas berhubung dengan pertandingan hoki liga Remaja untuk tahun 2014 persiapn yang perlu di jalankan adalah berhubung dengan pentadbiran dan juga persiapan bagi menghadapi pertandingan hoki Liga Remaja tahun 2014.
Sehubungan dengan itu sila ambil maklum berhubung dengan beberapa perkara yang perlu di ambil tindakan dan juga makluman yang perlu di berikan semasa mesyuarat yang di tetapkan mengikut jadual seperti berikut :
Hari dan tarikh : Sabtu, 28 Disember 2013.
Waktu : 11 pagi
Tempat : Tingkat 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 57000.KL
Kehadiran : WAJIB
Untuk makluman sila bawa bersama senarai seperti berikut :
1. Senarai nama pemain- wajib di berikan pada mesyuarat ini, gagal menyertakan senarai pemain adalah menjadi satu syarat pasukan akan di gugurkan dari penyertaan liga remaja tahun 2014.
2. Yuran penyertaan - RM 500 hendaklah di bayar pada tarikh mesyuarat ini.
3. Borang yang lain borang A sehingga G hendaklah di sertakan bersama, masa yang di berikan dari tarikh tamat penyertaan adalah terlalu lama untuk setiap pasukan mengemukakan semua borang tanpa gagal.
4. Untuk mesyuarat ini - semasa pendaftaran sila buat pembetulan dari segi nama pasukan dan juga vanue padang perlawanan.
Sila ambil maklum semua pengurus pasukan dan jurulatih pasukan adalah di sarankan hadir bersama untuk taklimat dan juga mesyuarat pengurus pasukan ini. mana-mana pasukan yang gagal hadir tanpa wakil akan di gugurkan dari penyertaan liga MJHL 2014.
Kerjasama dari tuan amatlah di hargai.
Sekian terima kasih.
0 comments:
Post a Comment