Powered by Blogger.

Sunday, December 29, 2013

MJHL 2014 : 30 PASUKAN BERENTAP


Kejohanan Liga Hoki Remaja MHC-Milo-MSN 2014 yang akan bermula 10 Januari ini menyaksikan 30 pasukan mengesahkan penyertaan, sekaligus mencatat pertambahan penyertaan berbanding edisi lepas.
Daripada jumlah itu, tujuh akan bertanding dalam Divisyen 1 manakala selebihnya dalam Divisyen 2, dengan sembilan daripadanya mengambil bahagian buat kali pertama.

"Bagi edisi 2013, kita mempunyai seramai 27 pasukan yang bertanding. Jumlah penyertaan untuk kali ini adalah satu rekod," kata Naib Presiden MHC dan juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, M. Gobinathan dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pasukan-pasukan dalam Divisyen 1 terdiri daripada juara bertahan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolts), UniKL Young Guns, Malacca High School, Anderson-Perak SEDC, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), SSTMI Juniors dan KLHC Juniors.

Sementara Kumpulan A Divisyen 2 terdiri daripada MSSSPP-USM, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Persatuan Hoki Kota Star, Nur Insafi, 1MAS Pulau Pinang, SMK Syed Hassan, 1MAS Kelantan dan Matri Perlis.

Kumpulan B terdiri daripada KLHC Juniors, Anderson Juniors, MSSD Larut Matang & Selama, Felda Akademi Hoki Pahang, MSP Pahang, SMK Padang Midin, Olak-PKT dan Permatang Juniors.

Kumpulan C pula terdiri daripada SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato Mohd Taha Gemencheh, Sekolah Sukan Bukit Jalil, BJSS Juniors, SMK Dato Bentara Luar Batu Pahat, SM Sains Johor dan Politeknik Johor Bahru.

Sementara itu, SMK Dato Penggawa Barat Pontian menarik diri hari ini dan menjadikan hanya tujuh pasukan dalam Kumpulan C Divisyen 2.

Gobinathan berkata MHC menamakan Trofi Pemain Harapan dengan nama Chua Boon Huat sebagai menghargai jasa mendiang. - Bernama




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...