Powered by Blogger.
Showing posts with label MJHL. Show all posts
Showing posts with label MJHL. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

MJHL 2015 : KEPUTUSAN 25 JANUARI 2015

Keputusan perlawanan MJHL  25 Januari 2015



SMSJ KNIGHT (7) vs  1MAS JOHOR (1)

POLITEKNIK MALAYSIA (2) vs SSTMI THUNDERBOLT (7)

MSS KEDAH (0) vs 1MAS PERLIS (2)

1MAS PAHANG (0) vs  BJSS JR (2)

UNIKL YOUNG GUNS (4) vs SSP/MSP/THUNDERBOLT (3)

MSSD LMS (0) vs NURINSAFI (14)

SERATAS (3) vs  STAR (8)

BJSS SR (0) vs MBPJ (3)

SMK DATO TAHA  (2) vs  SMK THON (1)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MJHL 2015 : KEPUTUSAN 24 JANUARI 2015


Keputusan perlawanan MJHL  24 Januari 2015


SSTMI JR (1) vs POLITEKNIK MALAYSIA (2)

MBPJ (4 ) vs  SSP/MSP/THUNDERBOLT (1)

KLHC (4) vs  OLAK PKT TIGERS (1)

1MAS PERAK (1) vs  STAR (1)

BJSS JR (1) vs  KLSS (1)

MSS KEDAH (3) vs  MATRI (1)

1MAS MELAKA (7) vs  SMK THON (2)

SMKDBL PHJ (9) vs SMSJ KNIGHT (1)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

MJHL 2015 : KEPUTUSAN 23 JANUARI 2015

Keputusan perlawanan MJHL 23 Januari 2015 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, December 18, 2014

SENARAI PASUKAN MALAYSIAN JUNIOR HOCKEY LEAGUE 2015

Berikut merupakan senarai pasukan yang mengesahkan penyertaan dalam Malaysian Junior Hockey League 2015.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 10, 2014

MJHL : THUNDERBOLTS JUARAI PIALA MILO 2014


Keputusan MJHL 2014


Piala MILO

Juara: SSTMI Thunderbolts (RM25,000)
Naib Juara: UniKL Young Guns (RM15,000)
Ke-3: Petaling Jaya City Council (RM12,000)
Ke-4: Olak-PKT (RM10,000)

Liga

Juara: SSTMI Thunderbolts (RM15,000)
Naib Juara : UniKL Young Guns (RM10,000)
Ke-3: Petaling Jaya City Council ( RM8,000)
Ke-4: Malacca High School (RM7,000)

Anugerah Khas

Fairplay: SMK Dato Taha Gemencheh (RM4,000)
Pemain terbaik Final : Mohd Fahmi Azaharuddin – SSTMI Thunderbolts (RM1,500)
Penjaga Gol Terbaik: Mohd Ridzwan Azmi - Politeknik KPM (RM1,500)
Penjaring Terbanyak: Mohd Aminuddin Mohd Zain - SSTMI Thunderbolt (RM1,500)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 1, 2014

MJHL 2014 : KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MILO


OLAK-PKT (4) v Malacca High School (1)

Thunderbolts (8) v MS Pahang Juniors (0)

PJCC (4) v BJSS (1)

Unikl Young Gun (3) v Politeknik KPM (2)







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, February 18, 2014

UNDIAN KUMPULAN X Y MJHL 2014

KUMPULAN X

1. NURINSAFI
2. OLAK/PKT
3. BUKIT JALIL SPORT SCHOOL

KUMPULAN Y

1. POLITEKNIK KPM
2. BAKAT MSSK/PHK
3. MSP PAHANG



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, January 11, 2014

MJHL 2014 : KEPUTUSAN PERLAWANAN 10 JANUARI 2014

Division One

SSTMI Thunderbolt  (6)  SSTMI Juniors (1)

 
Division 2A

MSSSPP - USM (4) 1 MAS Penang (1)

PH Kota Star (0) v  Bakat MSSSK - PHK (2)

Matri Perlis  (1)  v  SMK Syed Hassan Perlis (1)

 
Division 2B

Olak-PKT (6) v KLSS Juniors/MSSSWP (0)

MS Pahang Juniors (2) SMK Padang Midin (1)

1 MAS Perak  (2) v MSSSD Larut Matang (2)

 
Division 2C
 
SMK Tunku Besar  (3) v SMK Dato Taha Gemencheh (2)

SMK Dato Bentara Luar  (6) v   SM Sains Johor (1)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, December 29, 2013

MJHL 2014 : 30 PASUKAN BERENTAP


Kejohanan Liga Hoki Remaja MHC-Milo-MSN 2014 yang akan bermula 10 Januari ini menyaksikan 30 pasukan mengesahkan penyertaan, sekaligus mencatat pertambahan penyertaan berbanding edisi lepas.
Daripada jumlah itu, tujuh akan bertanding dalam Divisyen 1 manakala selebihnya dalam Divisyen 2, dengan sembilan daripadanya mengambil bahagian buat kali pertama.

"Bagi edisi 2013, kita mempunyai seramai 27 pasukan yang bertanding. Jumlah penyertaan untuk kali ini adalah satu rekod," kata Naib Presiden MHC dan juga pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, M. Gobinathan dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pasukan-pasukan dalam Divisyen 1 terdiri daripada juara bertahan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolts), UniKL Young Guns, Malacca High School, Anderson-Perak SEDC, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), SSTMI Juniors dan KLHC Juniors.

Sementara Kumpulan A Divisyen 2 terdiri daripada MSSSPP-USM, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Persatuan Hoki Kota Star, Nur Insafi, 1MAS Pulau Pinang, SMK Syed Hassan, 1MAS Kelantan dan Matri Perlis.

Kumpulan B terdiri daripada KLHC Juniors, Anderson Juniors, MSSD Larut Matang & Selama, Felda Akademi Hoki Pahang, MSP Pahang, SMK Padang Midin, Olak-PKT dan Permatang Juniors.

Kumpulan C pula terdiri daripada SMK Tunku Besar Tampin, SMK Dato Mohd Taha Gemencheh, Sekolah Sukan Bukit Jalil, BJSS Juniors, SMK Dato Bentara Luar Batu Pahat, SM Sains Johor dan Politeknik Johor Bahru.

Sementara itu, SMK Dato Penggawa Barat Pontian menarik diri hari ini dan menjadikan hanya tujuh pasukan dalam Kumpulan C Divisyen 2.

Gobinathan berkata MHC menamakan Trofi Pemain Harapan dengan nama Chua Boon Huat sebagai menghargai jasa mendiang. - Bernama




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, December 28, 2013

PEMBAHAGIAN KUMPULAN MJHL 2014

 
Grouping MJHL 2014

Division 1

1. UNIKL Young Gun (UNIKL)
2. KLHC Juniors/KLSS
3. Malacca High School
4. Perak SEDC Anderson
5. MBPJ
6. SSTMI Juniors
7. SSTMI Thunderbolts

Division 2 (Group A)

1. MSSPP-USM
2. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR Hockey)
3. Persatuan Hoki Kota Star
4. Nur Insafi
5. 1 MAS Penang
6. SMK Syed Hassan
7. Matri Perlis
8. Bakat MSSK/PHK

Division 2 (Group B)

1. KLSS Juniors
2. 1 MAS Perak
3. MSSD Larut, Matang dan Selama
4. FELDA-SSP-MPK
5. MSP Pahang
6. OLAK-PKT
7. Padang Midin PHT
8. Permatang Juniors

Division 2 (Group C)

1. SMK Tunku Besar
2. SMK Dato' Mohd Taha
3. Bukit Jalil Sports School Jrs
4. Bukit Jalil Sport School
5. SMK Dato' Bentara Luar
6. Politeknik JB
7. PHDK/SSNJ/SMSJ
 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, December 23, 2013

MESYUARAT PENGURUS MJHL 2014

Email dari MHC

Salam sejahtera.

Kepada semua pengurus pasukan Hoki Liga Remaja tahun 2014.

Rujuk kepada perkara tajuk di atas berhubung dengan pertandingan hoki liga Remaja untuk tahun 2014 persiapn yang perlu di jalankan adalah berhubung dengan pentadbiran dan juga persiapan bagi menghadapi pertandingan hoki Liga Remaja tahun 2014.

Sehubungan dengan itu sila ambil maklum berhubung dengan beberapa perkara yang perlu di ambil tindakan dan juga makluman yang perlu di berikan semasa mesyuarat yang di tetapkan mengikut jadual seperti berikut :

Hari dan tarikh : Sabtu, 28 Disember 2013.

Waktu : 11 pagi 

Tempat : Tingkat 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 57000.KL

Kehadiran : WAJIB

Untuk makluman sila bawa bersama senarai seperti berikut :

1. Senarai nama pemain- wajib di berikan pada mesyuarat ini, gagal menyertakan senarai pemain adalah menjadi satu syarat pasukan akan di gugurkan dari penyertaan liga remaja tahun 2014.

2. Yuran penyertaan - RM 500 hendaklah di bayar pada tarikh mesyuarat ini.

3. Borang yang lain borang A sehingga G hendaklah di sertakan bersama, masa yang di berikan dari tarikh tamat penyertaan adalah terlalu lama untuk setiap pasukan mengemukakan semua borang tanpa gagal.

4. Untuk mesyuarat ini - semasa pendaftaran sila buat pembetulan dari segi nama pasukan dan juga vanue padang perlawanan.

Sila ambil maklum semua pengurus pasukan dan jurulatih pasukan adalah di sarankan hadir bersama untuk taklimat dan juga mesyuarat pengurus pasukan ini. mana-mana pasukan yang gagal hadir tanpa wakil akan di gugurkan dari penyertaan liga MJHL 2014.

Kerjasama dari tuan amatlah di hargai.

Sekian terima kasih.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, December 5, 2013

MJHL 2014 : 32 PASUKAN SAHKAN PENYERTAAN

Liga Hoki Remaja Malaysia 2014 (MJHL 2014) mencatatkan rekod tersendiri apabila 32 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka pada edisi 2014. Untuk rekod, pada edisi 2013, sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian, menunjukkan peningkatan sebanyak 6 pasukan. 

Dari 32 pasukan Perlis diwakili 2 pasukan, Perak 4 pasukan, Negeri Sembilan 2, Kuala Lumpur 4, Kedah 1 pasukan, Selangor 2 pasukan. Sementara itu Pulau Pinang 3, Pahang 2 pasukan dan Terengganu 1 pasukan. johor pula mencatatkan jumlah penyertaan terbanyak dengan 6 pasukan. Berikut merupakan pasukan yang telah mengesahkan penyertaan sehingga tarikh tutup pada 30 November 2013.



1. SMK Tunku Besar Tampin (TBSS)

2. SMK Dato Mohd Taha Gemencheh 

3  Bukit Jalil Sports School (BJSS)

4. UniKL Youngsters, 

5. KLHC Juniors, 

6. KL Sports School Juniors-MSSSWP, 

8. Malacca High School, 

9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh,(STAR)

10. Anderson Juniors,

11. Anderson, 

12. MSSD Larut Matang & Selama (LMS)

13. Persatuan Hoki Kota Star, 

14. Olak-PKT,

15. Petaling Jaya MC,

16. MSN Selangor

17. Permatang Juniors

 18.Nur Insafi 

19.1MAS Penang 

20. MSSSPP-USM

21. SSTMI Juniors

22. SSTMI Thunderboltt

23. SMK Dato Bentara Luar Batu Pahat

24. SM Sains Johor

25. SMK Dato Penggawa Barat Pontian

26. Politeknik Johor Bharu

27. SMK Syed Hassan Perlis

28. Matri Perlis 

29.SMK Padang Midin

30.Felda-Akademi Hoki Pahang

31.MSP Junior Pahang

32. Bakat MSSSK/PHK



Mesyuarat pengurusan akan diadakan pada 28 Disember 2013, di Pejabat MHC, Stadium Hoki Bukit Jalil. 











TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, March 4, 2013

SSTMI THUNDERBOLTS JUARAI PIALA MILO 2013



KUALA LUMPUR - Pasukan hoki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) meraih kejuaraan hatrik Piala Milo apabila memenangi perlawanan akhir 1-0 menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

SSTMI Thunderbolts telah memenangi kejohanan sama pada 2012 dan 2011, dan kemenangan semalam membolehkan pasukan itu menjulang trofi serta membawa pulang RM25,000 manakala UniKL Young Guns meraih RM15,000 selaku naib juara.

Kegembiraan SSTMI Thunderbolts tidak berakhir dengan kemenangan itu sahaja, malah dua pemainnya iaitu Mohd. Shahril Saabah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir dan Mohd. Ridzwan Azmi meraih gelaran Penjaga Gol Terbaik.

Sementara anugerah Pemain Terbaik kejohanan dimenangi pemain UniKL Young Guns, Muhammad Haziq Samsul manakala rakan sepasukannya Muhd. Syafiq Zulzairin dinobat Penjaring Terbanyak dengan 14 gol.
SSTMI Thunderbolts tidak perlu menunggu lama apabila kapten pasukan Mohd. Shahril menjaringkan gol seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti untuk terus mendahului sepanjang 35 minit pertama.
Babak kedua berlangsung sengit, namun bola lebih memihak SSTMI Thunderbolts sekali gus membolehkan pasukan itu mengekalkan kedudukan hingga tamat perlawanan.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan MBI-Anderson berjaya menumpaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Junior) dengan keputusan 3-2 manakala pasukan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh memperoleh anugerah Fairplay.

Sumber : Utusan





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, March 3, 2013

KEPUTUSAN PENUH MJHL 2013


Keputusan:

Tempat ke 3/4
MBI Anderson 3 SSTMI 2 (Golden Goal)

Final
SSTMI 1 UniKL Young Guns 0

Roll of Honour

Piala Milo
Juara: SSTMI (RM25,000)
Naib Juara: UniKL Young Guns (RM15,000)
Ke tiga: (MBI Anderson RM12,000)
Ke empat: SSTMI Juniors (RM10,000)

Division Satu
Juara: SSTMI ( RM15,000)
Naib Juara:Petaling Jaya City Council (RM10,000)
Ke tiga: UniKL Young Guns (RM8,000)
Ke empat: MBI Anderson (RM7,000)

Division Dua
Juara: KL Sports School (RM12,000)
Naib Juara: PHK-MSSK-MSN Kelantan (RM8,500)
Ke tiga: Politeknik KPT (RM7,000)
Ke empat: Anderson Juniors (RM6,000)

Special Awards
Fairplay: Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (RM4,000)
Pemain terbaik kejohanan:  Mohd Haziq Samsul - UniKL (RM1,500)
Penjaga Gol Terbaik: M. Ridzwan Azmi - SSTMI (RM1,500)
Penjaring terbanyak: Mohd Syafiq Zulzairin - UniKL - 14 goals (RM1,500)
Man of the Match (Final): Mohd Shahril Saabah - SSTMI  (1,500)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Saturday, March 2, 2013

UNIKL, THUNDERBOLT MELANGKAH KE FINAL PIALA MILO MJHL 2013


Bekalan besar yang dibawa ke laman lawan nyata berbaloi apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Thunderbolt (SSTMI Thunderbolt) berjaya melangkah ke final Piala Milo yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok. 


UniKL yang membawa bekalan selesa dengan membenam lawan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Junior (SSTMI Jr) 6-0 pada pusingan pertama tidak perlu mengeluarkan peluh apabila mencatat kemenangan 3-1 pada pusingan kedua, semalam. 


Mohammad Hafif Elkan Rerasa @ Nordin yang mencipta hatrik Rabu lalu membuka jaringan UniKL pada minit ke-9 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Mohd Syafiq Zulzairin meledak dua jaringan (m-14 dan m-69) - cukup untuk menghancurkan harapan SSTMI Jr untuk mengurangkan jarak sebelum ini. 




Sementara itu, di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh, SSTMI Thunderbolt selaku juara bertahan juga tidak mempunyai masalah mengejutkan tuan rumah MBI Anderson apabila Mohd Hafiz Selemen membuka jaringan seawal minit ke-6 sebelum Mohd Shahril Saabah menggandakan jaringan lima minit kemudian.

Namun, jaringan N Kartigan pada minit ke-43 nyata sudah terlewat untuk kembali bangkit mengurangkan defisit jaringan. 

Bagi jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman, pasukan kini sedang memburu gelaran ketiga selepas berjaya merangkul kejuaraan pada musim 2011 dan 2012. 

“Hari ini (semalam) kami memang meletakkan sasaran untuk menang dan saya merehatkan beberapa pemain. Ini adalah kali keempat kami bertemu dengan UniKL di final Piala Milo sejak 2010. 

“Pastinya UniKL menyimpan hasrat besar mahu merampas gelaran yang kami raih tahun lalu dan memberi tentangan sengit kepada pasukan di final nanti,” katanya yang tidak mempunyai masalah kecederaan pemain ketika ini. 

Keputusan pusingan kedua separuh akhir 

UniKL 3 SSTMI Jr 0 
(UniKL mng agregat 9-0) 

SSTMI Thunderbolt 2 MBI Anderson 1 
(SSTMI Thunderbolt mng agregat 10-1) 

Jadual final esok 

Final 
SSTMI Thunderbolt mln UniKL  (8.00 malam) 

Penentuan tempat 3/4 

SSTMI Jr mln MBI Anderson  (6 petang) 


(Semua perlawanan di Std Hoki Nasional Bukit Jalil)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Thursday, February 28, 2013

UNIKL, THUNDERBOLTS SELANGKAH KE FINAL



Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) kini selangkah ke perlawanan akhir Piala Milo, Ahad ini apabila kedua-dua pasukan meraih kemenangan besar pada perlawanan separuh akhir pertama, semalam.

Pada separuh akhir pertama itu, UniKL Young Guns meraih kemenangan 6-0 menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Junior) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil manakala SSTMI Thunderbolts menang 8-0 ke atas MBI-Anderson di Stadium Taman Daya, Johor Bahru.

Meskipun empat pasukan tersebut bakal beraksi untuk perlawanan separuh akhir kedua pada Jumaat ini, namun peluang ke perlawanan akhir lebih memihak UniKL Young Guns dan SSTMI Thunderbolts berikutan memperoleh kelebihan jaringan.

Jurulatih UniKL Young Guns, K. Enbaraj berkata, kemenangan besar semalam membolehkan mereka selesa untuk menghadapi separuh akhir kedua dengan merehatkan beberapa pemain utama.

"Saya dapat lihat prestasi pemain berada di tahap yang terbaik sejak kami beraksi pada saingan suku akhir lagi, namun masih ada beberapa taktikal yang perlu diperbaiki.

"Kami memang mengharapkan untuk melangkah ke perlawanan akhir dan saya mahu pemain mempertingkatkan persembahan mereka dan dalam masa yang sama sudah tentu kami tidak mahu ambil mudah perlawanan separuh akhir kedua nanti," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, pemain UniKL Young Guns, M. Hafif Elkan Rerasa menjadi tumpuan utama apabila meraih hatrik untuk pasukannya pada minit ke-14, 28' dan 59'.

Sementara tiga lagi gol UniKL Young Guns diperolehi menerusi dua gol daripada Muhd. Syafiq Zulzairin minit ke-25 serta minit ke-61 dan Norsyafiq Sumantri minit ke-43.


sumber : UTUSAN



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Wednesday, February 27, 2013

JADUAL SEPARUH AKHIR MJHL 2013



JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA MILO/MJHL 2013

RABU (27 FEBRUARI 2013)
Tengku Mahkota Ismail Sports School v MBI Anderson 
(Taman Daya, 5pm)

UniKL Young Guns v SSTMI Juniors 
(National Stadium Pitch II, 5pm).

JUMAAT (1 MAC 2013)
MBI- Anderson v Tengku Mahkota Ismail Sports School
 (Azlan Shah Stadium, 5pm)

SSTMI Juniors v UniKL Young Guns
 (Taman Daya, 5pm)





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Sunday, February 24, 2013

MBI, SSTMI JR, THUNDERBOLTS DAN UNIKL LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Keputusan suku akhir ke dua Piala Milo MJHL 2013
Tarikh : 24 Februari 2013

KELANTAN  (3) VS MBI ANDERSON (4)
MBI ANDERSON layak ke separuh akhir agregat 9-4


SSTMI JUNIOR (4) VS MBPJ (4)
SSTMI JUNIOR LAYAK KE SEPARUH AKHIR agregat 8-7


SSTMI THUNDERBOLT (5) VS KLSS (1)
SSTMI THUNDERBOLT layak ke separuh akhir agregat 9-1


MALACCA HIGH SCHOOL  (0) VS UNIKL  (4)
UNIKL layak ke separuh akhir agregat  11-0







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Tuesday, February 19, 2013

MJHL 2013 : UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA MILO

No
Time
Div
Pitch
Match
Score
Report
22 February 2013 (Friday)
11417:00QF 1st LegTAMAN DAYA, JBSSTMI THUNDERBOLTS
 VS KLSS
11517:00QF 1st LegSAS, IPOHMBI-ANDERSON
 VS KELANTAN
11617:00QF 1st LegNHS 1 UNIKL VS MALACCA HIGH SCHOOL
11717:00QF 1st LegNHS 2PETALING JAYA VS SSTMI JUNIORS
24 February 2013 - (Sunday)
11817:00QF 2nd LegMOE KLSS VS SSTMI THUNDERBOLTS
 
11917:00QF 2nd LegSTADIUM MPKT, TERENGGANUKELANTAN VS MBI-ANDERSON
12017:00QF 2nd LegBUKIT SERINDITMALACCA HIGH SCHOOL  VS UNIKL

12117:00QF 2nd LegTAMAN DAYA, JBSSTMI JUNIORS VS PETALING JAYA








TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Monday, February 18, 2013

KLSS MUNCUL JUARA DIVISYEN 2 ATASI KELANTAN



Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL) mencatat sejarah baru dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia MHC-Milo-MSN apabila menjuarai Divisyen Dua buat pertama kali dengan menewaskan PHK-MSS Kelantan 2-1, semalam. 


SSKL yang mula menyertai kejohanan sejak 2011 bagaimanapun ketinggalan apabila lawan yang juga bekas juara Divisyen Dua pada 2008 terlebih dulu mendahului menerusi Mohammad Fitri Zaidi pada minit ke-13.  Namun, skuad warga kota itu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17 hasil jaringan Muhammad Firdaus Muzairi menerusi pukulan sudut penalti sebelum Jagveen Singh memastikan SSKL menjulang mahkota kejuaraan dengan gol kemenangan pada minit ke-37. 



“Sudah tentu kami bangga dan gembira dengan kemenangan ini. Namun, ia bukan mudah, sebaliknya hasil kerja keras pemain yang mengikut taktikal seperti yang dirancang,” kata penolong jurulatih SSKL, Azli Ishak ketika ditemui semalam. 

Layak beraksi Divisyen Satu 

SSKL membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, manakala PHK-MSS Kelantan menerima RM8,500, sementara Politeknik KPT serta Anderson jr yang menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing berpuas hati dengan RM7,000 serta RM6,000. 

Kedua-dua pasukan yang beraksi di final itu secara automatik layak ke saingan suku akhir Piala Milo bersama enam pasukan di Divisyen Satu selepas ini bagi merebut hadiah juara keseluruhan bernilai RM25,000. 

“Kami sudah layak bersaing ke Divisyen Satu musim depan dan akan beraksi di suku akhir Piala Milo. Ia adalah pencapaian yang tidak disangka dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk mara ke separuh akhir Piala Milo walaupun sedar halangan pastinya lebih hebat,” katanya.

sumber : BERITA HARIAN










TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...