Powered by Blogger.

Thursday, April 24, 2014

FINAL HOKI SBP KEBANGSAAN 2014 ; STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN TEWASKAN SMS JOHOR

Sejarah 2013 di bumi Kedah berulang kembali. From Zero To Hero. Dari hanya sebuah pasukan yang tiada nama, kami mengorak langkah satu persatu dan kini dua tahun berturut-turut  menjadi finalis Kejohanan hoki SBP Kebangsaan. Musim baru, pemain bari, semangat juga baru. Sejarah 2013 biarkan menjadi kenangan terindah, dan 2014 diharapkan satu lagi memoribilia gemilang dapat dicipta. Kali ini Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menajdi pentasnya.

Kedua-dua pasukan bersalam-salaman sebelum perlawanan akhir bermula.

Turun beraksi di final menantang SMS Johor, setiap pemain disemai dengan keazaman yang membara oleh Cikgu Shahnun untuk memastikan Piala Pusingan terus berada di Ipoh sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi. Pada Raja, Amir, Ridhuan, Zaim, Iqbal, Amirul dan Izham disandarkan harapan untuk mengetuai pemain-pemain junior mencipta sejarah  tahun 2014. Dan STAR sememangnya tidak memandang rendah keupayaan SMS Johor, satu pasukan yang begitu hebat dalam hoki SBP sejak dahulu lagi bersama sekolah-sekolah yang terlebih dahulu mencipta nama seperti SERATAS dan SMS Machang. Apatah lagi SMS Johor memiliki kelebihan kerana telah berjaya mengikat STAR dalam aksi di peringkat kumpulan. STAR turun dengan sedikit tekanan untuk mempertahankan kejuaraan.

Nyanyian lagu sekolah.

Sejak wisel permulaan dibunyikan, STAR terus mengasak SMSJ di setiap penjuru. Misi untuk memburu gol awal menjadikan STAR bersemangat untuk mendahului. Apatah lagi pertahanan SMSJ dilihat agak hilang tumpuan pada awal-awal perlawanan. Berkat usaha yang tak pernah kenal penat untuk cuba menjaringkan gol akhirnya membuahkan hasil apabila Aiman Nazmi Idris berjaya menyudahkan hantaran Zaim Ariffin untuk gol pertama STAR dan kedudukan semasa 1-0. Walaupun SMSJ sesekali menyerang balas, namun pertahanan STAR berjaya mengekang serangan SMSJ dengan cemerlang. Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.

Aksi final sewaktu Pc oleh SMSJ

Waktu rehat digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kesilapan separuh masa pertama serta menukarkan taktikal perlawanan. STAR berupaya menambah beberapa jaringan apabila mendapat 3 pukulan sudut penalti, tetapi pertahanan SMSJ cekap membaca set piece yang dilakukan. Akhirnya kedudukan menjadi 2-0 apabila Izham Nisha dalam keadaan terbaik berjaya menjaringkan satu lagi gol padang hasil gerakan satu dua bersama Aiman Nazmi.


Jurulatih membuat teguran dan perubahan taktikal.

Pertahanan SMSJ dilihat semakin tertekan, manakala para penyerang STAR juga semakin bernafsu untuk meambah jaringan. Minit ke-27 giliran Haris Iskandar memahat nama selaku penjaring apabila mudah menolak masuk ke dalam gawang SMSJ untuk jaringan ke-3 menjadikan kedudukan 3-0. Dan berselang 6 minit kemudian, Aiman Nazmi melengkapkan hari cemerlang STAR dengan gol ke-4. Kedudukan semasa STAR 4 SMSJ 0. Ketika masa berbaki seminit, SMSJ berjaya mendapat pukulan sudut penalti, namun kecekapan Ammar mengawal gawang menafikan hasrat SMSJ untuk merapatkan jurang.

Para penyokong yang dibawa dari Ipoh. terima kasih semua.

Akhirnya, STAR sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut. Yang lebih membanggakan STAR menyapu semua anugerah apabila Ammar Syahmi dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik kejohanan. Izham Nisya juga seperti dijangka muncul Penjaring Terbanyak manakala Mohd Iqbal pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Pelukan kegembiraan untuk kemenangan yang bersejarah.

Sekalung apresiasi untuk jurulatih, pengurus dan pemain yang telah bermati-matian mempertahankan kejuaraan. Kepada semua penyokong yang sempat hadir ke stadium iaiatu pelajar-pelajar STAR, STAROBA dan ibu bapa yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anacondas. Insha Allah kita akan bertemu lagi dalam edisi ke-10 di Kuantan tahun 2015 nanti. 


Victory Song "Rouse Up"


ANACONDAS 2014



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...