Powered by Blogger.

Wednesday, April 23, 2014

STAR VS INTERSABER ; KEMENANGAN MENGESAHKAN TEMPAT KE SEPARUH AKHIR

STAR turun pada jam 2.30 petang bagi melengkapkan jadual perlawanan. Perlawanan keempat menemukan STAR dengan SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER). Turun tanpa tekanan, STAR berharap untuk memenangi perlawanan terakhir ini bagi mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas kumpulan A.


Ammar Syahmi masih belum dobolosi sehingga perlawanan ke-empat.

Keadaan cuaca yang agak penas tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan. Sebaliknya perlawanan menjadi sedikit perlahan kerana cuaca panas terik. STAR merehatkan pemain pertahanan iaitu Amir Saifullah kerana mengalami masalah kecederaan lutut. 

INTERSABER dilihat tertekan untuk mencari kemenangan pertama mereka setelah perlawanan sebelum ini berkesudahan mereka seri satu perlawanan dan tumpas dua perlawanan. Namun begitu, STAR memulakan aksi yang  meyakinkan apabila membuka jaringan seawal minit ke-8 perlawanan melalui penjaring terbanyak STAR iaitu Izham Nisha. Dan kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.


Babak ke dua tidak banyak berubah apabila STAR dilihat semakin yakin dengan penguasaan bola serta melancarkan serangan dari pelbagai arah. Larian yang laju oleh Aiman Nazmi dan Izham Nisha berberapa kali memerangkap pertahanan lawan kerana dibantu oleh barisan tengah yang laju seperti Aiman Arif, Zaim Ariffin dan Iqbal Ramlan.Dan akhirnya Izham Nisha sekali lagi menjaringkan gol kedua dan ketiga peribadi pada minit ke -24 perlawanan melalui gol padang.



Anacondas meraikan kejayaan layak ke separuh akhir.

STAR memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0. Dan berjaya mengutip tiga mata penuh menjadikan jumlah mata keseluruhan yang berjaya dikutip ialah sebanyak 10 mata dengan tiga kemenangan dan satu keputusan seri. STAR mengesahkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan A dan layak ke separuh akhir.

Di peringkat separuh akhir STAR dijadualkan bertemu Sekolah Menengah Sains Selangor, iaitu naib johan Kumpulan B. Jumpa lagi esok dalam aksi separuh akhir.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...