Powered by Blogger.

Wednesday, April 23, 2014

STAR VS SERATAS ; MOMENTUM KEMENANGAN DITERUSKAN

Pada hari ke dua kejohanan, STAR dijaualkan menentang SERATAS, pasukan yang dikalahkan pada peringkat separuh Zon utara di Sungai petani. lawan kali ini juga memiliki nama besar dalam sukan Hoki SBP dan negeri Perak, di mana  SERATAS pernah muncul johan Hoki SBP sebanyak tiga kai pada tahun 2007, 2009 dan 2011. Walaupun sama-sama datang dari negeri Perak, namun sentimen kenegerian terpaksa dibuang kerana matlamat kami turun menentang SERATAS adalah untuk mengutip tiga mata penuh, sekaligus meletakkan pasukan dalam keaadaan selesa untuk layak ke separuh akhir.


Pasukan SERATAS menyanyikan Lagu Sekolah mereka.

Sebaik sahaja wisel dibunyikan ke dua-dua pasukan cuba untuk menguasai perlawanan, dengan bahagian serangan SERATAS kali ini diketuai oleh pemain berjersey nombor 5, iaitu Muhammad Allif. namun SERATAS gagal untuk menembusi pertahanan STAR walaupun hujan mulai turun di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Sebaliknya STAR mengambil kesempatan dari kealpaan barisan pertahanan SERATAS dengan menjaringkan gol melaui "deflection" yang tepat oleh Aiman Nazmi hasil pukulan ke dalam oleh Arif Aiman pada minit ke-9. 


Bola hantaran Izham Nisha kepada Haris Iskandar.

Ke dua-dua pasukan sama ada STAR mahupun SERATAS buntu untuk menjaringkan gol selepas itu dan kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0.  Bersambung babak ke dua, SERATAS dilihat tertekan untuk mencari gol penyamaan dan STAR semakin bersemangat untuk menambah gol bagi mendapatkan bekalan selesa. Dan akhirnya gol yang dinantikan tiba juga pada minit ke 24 apabila bola hantaran Izham Nisya mudah disempurnakan oleh Haris Iskandar bagi menjadikan kedudukan 2-0. Dan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.


Perancang utama STAR di bahagian tengah, Arif Aiman dicabar hebat pemain SERATAS.

Alhamdulillah, kemenangan yang ke dua memberikan kami tiga mata berharga untuk sekurang-kurangnya memberikan STAR sebelah kaki berada di separuh akhir. Andai menang dalam perlawanan terakhir petang nanti menentang INTERSABER, STAR akan memastikan kedudukan teratas kumpulan adalah milik STAR dan secara automatiknya STAR berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Sama-sama kita nantikan. 




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...