Powered by Blogger.

Saturday, April 12, 2014

SMS JOHOR MUNCUL JUARA BERGANDA ZON SELATAN

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Johor muncul juara berganda apabila memenangi kategori lelaki dan perempuan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Selatan Kali Ke-9 2014 di Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Hj Mohd Said, Seremban 2, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kejohanan selama lima hari kelolaan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) itu melibatkan 16 buah SBP dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohd Isah Ismail yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli telah menyempurnakan acara penutup dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

Bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, naib johan disandang oleh Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban manakala tempat ketiga dikongsi oleh SMAPL dan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI), Mersing, Johor.

Pemain terbaik kategori ini ialah Muhammad Hafiz A. Aziz dari SDAR dan penjaring terbanyak dirangkul Muhammad Aliff Najmi Azizi yang mewakili SMSSI.

Naib juara kategori perempuan bawah 18 tahun menjadi milik Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru dan tempat ketiga ialah SMSSI dengan Kolej Tunku Kurshiah (TKC).

Noorfadzlin Tumin yang mewakili SMS Johor dinobatkan pemain terbaik perempuan manakala pemain SMSSI, Nurhaliza Mastofa diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bagi kategori perempuan.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...