Powered by Blogger.

Wednesday, April 23, 2014

STAR VS SMS SELANGOR ; IZHAM NISYA BAWA STAR KE FINAL

Alhamdulillah, hasrat melangkah ke separuh akhir telahpun tercapai  dengan menjuarai Kumpulan A. STAR dijadualkan bertemu SM Sains Selangor (SMSS) di peringkat separuh akhir. Dalam temph lima tahun, STAR belum berkesempatan bertemu dengan SMSS sama ada di peringkat kumpulan mahupun kalah mati. Ini merupakan pertemuan pertama ke dua-dua pasukan selepas lima tahun. 

Memulakan aksi bertemu SMSS, STAR menggunakan pendekatan bertahan terlebih dahulu bagi melihat corak permainan SMSS. Dengan meletakkan penyerang tunggal Izham Nisha bagi menghalang BOD lawan. Selepas 10 minit STAR mula menukar taktikal perlawanan dengan melakukan "pressing" tinggi dan hasilnya STAR beroleh peluang terbaik melalui pukulan penalti pada minit ke-12 perlawanan. Dan akhirnya iqbal ramlan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti melalui set piece New Zealand dan ke dudukan STAR 1 SMSS 0.


Kali ini barisan pertahanan terpaksa bejerja keras mengekang serangan balas SMSS.

Berselang 4 minit kemudian, STAR berjaya menambah jaringan kali ini melalui Izham Nisha apabila bola hantaran Haris Iskandar berjaya disempurnakan dengan baik. Kedudukan menjadi 2-0. Ketika keduudkan separuh masa pertama dilihat seolah-olah berakhir dengan 2-0, penyerang SMSS menghukum kealpaan barisan pertahanan dan penjaga gol pada minit ke-18 permainan apabila bola pukulan dari sebelah kiri tidak beruapaya ditahan dengan kemas  oleh penjaga gol STAR.


Pukulan sudut penalti oleh SMSS. 

Kedudukan separuh masa pertama STAR 2 SMSS 1. Rehat selama 5 minit digunakan sepenuhnya oleh jurulatih untuk membetulkan kesilapan pemain dan disamping menukarkan taktikal. Bermula separuh masa ke dua, STAR dilihat semakin galak melancarkan serangan ke arah gol SMSS namun kecekapan penjaga gol SMSS menghalang STAR untuk terus menambah gol. Dan akhirnya pada minit ke 30, Izham Nisha sekali lagi muncul wira dengan menjaringkan gol ke tiga apabila hantaran Haris Iskandar berjaya disambut dengan mudah untuk menolak mudah gol k dalam gawang SMSS menjadikan keduudkan 3-1.


STAR memperoleh gol pertama melalui pukulan sudut penalti.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan 3-1, sekali lagi akibat salah faham di kawasan 50, SMSS berjaya mencuri bola dan melakukan serangan balas dan sekali lagi penjaga gol STAR melepaskan gol mudah untuk menjadikan kedudukan SMSS 2 STAR 3. Walau bagaimanapun, kedudukan ini kekal sehingga waktu penamat apabila ke dua-dua pasukan gagal menambah jaringan.


Gol kemenangan oleh Izham Nisha


Meraikan kejayaan layak ke final.

Alhamdulillah, akhirnya berkat kesungguhan dan usaha yang tak mengenal jemu membuahkan hasil. STAR sekali lagi melangkah ke final buat kali ke dua berturut-turut. Alhamdulillah terima kasih players, coach serta semua penyokong STAR yang turut hadir memberikan sokongan tak berbelah bahagi. Nantikan final STAR vs SMS Sains Johor esok. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...