Powered by Blogger.

Wednesday, April 23, 2014

STAR VS SM SAINS MACHANG; TIGA MATA BERHARGA DIKUTIP

Jadual yang tidak memihak. Selepas dua jam, STAR terpaksa menempuhi satu lagi halangan sukar apabila dijadualkan menentang SM Sains Machang, juara tiga kali SBP Kebangsaan. Apatah lagi Machang hanya turun dalam aksi pertama mereka. hanya satu persoalan, sama ada kami yang akan kepenatan atau Machang yang masih cuba tercari-cari rentak mereka.


"Cheer" sentiasa menjadikan kami lebih bersemangat seblum turun beraksi.

Menentang Machang bukan perlawanan yang mudah kerana kami turun dengan misi wajib menang untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir. Bermula minit pertama serangan bertali arus dan tekanan diberikan kepada barisan pertahanan Machang yang masih tercari-cari rentak. Gandingan Izham Nisha, Aiman Nazmi dan Haris Iskandar selaku penggempur utama berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Machang.

Akhirnya gol yang dicari muncul juga pada minit ke 14 perlawanan apabila Izham Nisha berjaya menyempurnakan pukulan susut penalti hasil set piece 1-2 yang mengelirukan. Kedudukan separuh masa pertama kekal 1-0.


Machang memberikan tentangan hebat.

Memasuki babak ke dua Machang mula melancarkan serangan meraka namun ketenangan barisan pertahanan STAR yang diketuai Raja Zainudin berjaya menafikan sesekali serangan balas Machang. Pada minit ke-24, Arif Aiman berjaya melakukan pukulan kilas dalam kotak penalti dan gagal ditepis oleh penjaga gol Machang. Gol Arif Aiman menjadikan kedudukan 2-0.


Set piece yang berjaya menghasilkan gol pertama.

Dengan bekalan 2-0, STAR memperlahankan rentak permainan kerana esok STAR memiliki dua lagi perlawanan penting di peringkat kumpulan. Kedudukan kekal 2-0 dan STAR berjaya memungut dua mata berharga dari perlawanan ke dua ini.

Esok, STAR akan bertemu SERATAS dan INTERSABER bagi melengkapkan jadual perlawanan. Hanya dua pasukan sahaja dari ke dua-dua kumpulan akan berpeluang untuk layak ke separuh akhir. Tirai perlawanan hari pertama dilabuhkan. Moga hari ke dua nanti sinar akan terus begemerlapan. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...