Powered by Blogger.

Tuesday, April 22, 2014

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2014 : STAR DIIKAT SM SAINS JOHOR

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan kali ke-9 2014 telah berlangsung pada 16-20 April 2014. Kejohanan lima hari ini telah diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan menghimpunkan 10 buah sekolah SBP bagi setiap kategori iaitu lelaki dan perempuan. STAR turun selaku juara bertahan telah diundi dalam kumpulan A bersama SMS Johor (Juara Zon Selatan), SMS Machang (Juara Zon timur), SMS Raja Tun Azlan Shah (Naib Juara Zon utara) dan SBPI Sabak Bernam (Naib Juara Zon Tengah).


Team talk oleh jurulatih sebelum perlawanan pertama.

Dalam perlawanan pertama STAR bertemu SM Sains Johor. Turun dalam perlawanan pertama kejohanan , barisan hadapan STAR dilihat sedikit kaku apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan. Apatah lagi SM Sains Johor juga telah membuat persiapan rapi dengan menyertai Malaysian Junior Hockey league (MJHL).  Dalam separuh masa pertama, SMS Johor lebih menguasai permainan, walau bagaimanapun ke dua-dua pasukan gagal untuk memecahkan kebuntuan apabila hanya seri 0-0.


Aksi sengit oleh  ke dua-dua pasukan.

Sedikit pertukaran taktikal dibuat pada separuh masa ke dua dan STAR telah menemui rentak perlawanan mereka. Beberapa percubaan berbahaya dari Izham Nisha hampir-hampir meletakkan STAR di hadapan, namun kecekapan penjaga gol SMS Johor  berjaya menghampakan barisan hadapan STAR . STAR berpeluang untuk berada di hadapan apabila mendapat pukulan sudut penalti, namun percubaan flicker STAR iaitu Ridhuan Halim terkena palang gol. SMS Johor juga berpeluang untuk menjaringkan gol, namun dua pukulan sudut penalti dalam separuh masa ke dua gagal dimanfaatkan.


Barisan pertahanan SMSJ cuba mengekang Izham Nisha dari memasuki kawasan D.

Walau cuba menambah tekanan terhadap SMSJ, namun keputusan masih tidak berubah. STAR dan SMS Johor seri 0-0 dalam aksi pembukaan. STAR dan SMS Johor masing-masing mengutip satu mata. Satu tugas berat menanti dalam perlawanan berikutnya kerana STAR dijadual menentang SMS Machang, juara tiga kali. Semoga ada tiga mata berharga akan diperoleh nanti.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...