Powered by Blogger.

Monday, November 14, 2011

MALAYSIA JUARA KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAN JOHOR


Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi. Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Muhammad Noor Faeez melakukan jaringan tersebut menerusi pukulan sudut penalti yang menerjah bahagian kiri gol lawan.
Sebelum itu, perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas masa perlawanan sebenar tamat. Lebih manis, skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas kepada Australia pada perlawanan pusingan awal iaitu 2-1 berjaya menebus kekalahan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.
Pada aksi tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon tetapi anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari.
Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 membuatkan pasukan lawan kembali di hadapan tetapi Malaysia berjaya bangkit menerusi pukul sudut penalti Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

SUMBER : KOSMO! ONLINE



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...