The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perlawanan persahabatan empat penjuru sebagai persiapan membentuk pasukan mantap pada tahun hadapan. Sebanyak empat buah sekolah telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan sehari ini iaitu MCKK, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), SMK Clifford, dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).
STAR telah menghantar para pemain yang majoritinya merupakan pemain tingkatan dua dan tiga. Dalam perlawanan pertama, STAR dijadualkan bertemu dengan SERATAS. Namun, seperti kebiasaannya, STAR lambat panas dan akhirnya tewas dengan keputusan 0-1. Secara keseluruhannya, memperlihatkan sedikit kelemahan di bahagian pertahanan di mana kegagalan barisan pertahanan untuk mengekang kemaraan SERATAS. Begitu juga 'half kiri' yang masih belum mantap sepenuhnya dan gagal memberi bantuan kepada penyerang. Diharapkan permainan STAR dapat di tingkatkan dalam perlwanan berikutnya.
Di pihak SERATAS juga memperlihatkan kelemahan mereka terutamanya kegagalan barisan penyerang untuk mencari gol tambahan. Begitu juga dengat set piece short corner yang tidak menjadi. Apapun perlawanan ke dua-dua pasukan agak seimbang dan yang membezakan mereka hanyalah pengalaman SERATAS yang rata-rata masih dikuasai oleh pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan SBP kebangsaan 2011.
0 comments:
Post a Comment