Powered by Blogger.

Monday, November 7, 2011

PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA, NEW ZEALAND TERIKAT 1-1



JOHOR BAHRU - Selepas tumpas dalam aksi pembukaan kelmarin, Malaysia mengutip mata pertama pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor 2011 selepas seri 1-1 dengan New Zealand di Stadium Hoki Taman Daya di sini semalam.

Pasukan negara mensia-siakan dua mata berharga walaupun secara keseluruhan mempamer permainan baik.
Ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi jaringan Kane Russel, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Amir Farid Ahmad Fuzi di minit ke-62.

Sementara dalam satu lagi perlawanan, Australia mengekalkan momentum kemenangan mereka apabila menewaskan India 3-2.Jaringan mereka diperoleh menerusi jaringan pemain, Daniel Beale pada minit ke-7, Josh Walters (minit ke-29) dan, Cameron Joyce (minit ke-50).

Selepas ketinggalan 0-1, India bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ramandeep Singh pada minit ke-24 sebelum Australia kembali mendahului dengan gol Walters dan mengukuhkan hasil jaringan Joyce. India berjaya merapatkan jurang menerusi gol kedua Ramandeep pada minit ke-66, tetapi gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat.

Jurulatih Australia, Paul Gaudoin berkata, kedua-dua pasukan mempamer aksi menarik dan pasukannya bertuah kerana kebangkitan India pada minit terakhir gagal menghasilkan sebarang gol.

''Walaupun kami gembira dengan kemenangan ini, ada banyak ruang untuk pasukan memperbaiki beberapa kelemahan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Jurulatih India, Mukesh Kumar pula mengakui kekalahan itu disebabkan anak buahnya sering membuat hantaran yang tidak kemas sekali gus memberi pasukan Australia ruang menjaringkan gol.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...