Powered by Blogger.

Monday, November 14, 2011

PERSAHABATAN EMPAT PENJURU : RIVAL STAR-MCKK

Perlawanan terakhir adalah perlawanan menentukan maruah. Dua perlawanan awal cukup pahit untuk ditelan apabila tewas 0-1 dan 1-2 masing-masing kepada SERATAS dan Clifford. Dan perlawanan tiga selalunya merupakan perlawanan rival antara STAR dan MCKK. untuk rekod dalam pertemuan antara ke dua-dua pasukan tahun ini STAR menewaskan MCKK dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Hoki SBP Zon Utara 1-0 manakala MCKK pula menebus kehampaan tersebut dengan menewaskan STAR 1-0 dalam pertemuan terakhir di Kejohanan Hoki Piala Primier 2011. Maka, perlawanan ini seharusnya perlawanan yang paling dinanti-nantilkan untuk melihat pasukan mana yang harus berada di hadapan.


Berbekalkan semangat yang ditiupkan oleh Mr Shahnun, STAR turun dengan keazaman yang tinggi. Dari awal permainan lagi STAR telah mendominasi perlawanan dengan melakukan serangan dari setiap arah manakala MCKK banyak bertahan di kawasan sendiri. Hasilnya pada minit ke 8, STAR berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan padang oleh Zahran Syahmi. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamatnya perlawanan separuh masa pertama.


Dalam separuh masa ke dua, STAR meningkatkan semangat untuk melawan dan serangan telah dilakukan bertali arus sejak wisel pertama dimulakan lagi. Gerakan cantik oleh gandingan Faris, Zahran dan Izham Nisya, akhirnya membuahkan hasil apabila STAR berupaya menambahkan jaringan menjadi 2-0. Kedudukan kekal sehingga tamat masa sebenar permainan dan STAR menang 2-0. STAR sebenarnya berpeluang untuk menambahkan jaringan namun banyak peluang yang terhidang disia-siakan oleh para pemain terutamanya peluang yang dimiliki oleh Zahran akibat dari kegahairahan untuk menjaringkan gol. Apapun tahniah kerana akhirnya menang juga akhirnya dan yang lebih manis apabila menewaskan MCKK di halaman sendiri.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...