Powered by Blogger.

Saturday, May 5, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : SDAR, SEMESTI BUAT PERHITUNGAN DI PENTAS FINAL

Hari ke lima Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan memperlihatkan kejutan berlaku apabila pasukan lelaki Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, mengejutkan kuasa besar hoki SBP iaitu SM Sains Machang de peringkat separuh akhir. SMACH dilihat sebagai pasukan pilihan di atas kertas memandangkan ke dua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat kumpulan dan kemengangan berpihak kepada SMACH dengan kemenagan ke atas SEMESTI 3-0. 


Dalam perlawnaan yang cukup mendebarkan, SEMESTI berjaya menewaskan SMACH , yang juga naib johan tahun edisi 2011 dengan keputusan 2-0. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Sekolah Dato' Abdul Razak menepati ramalan ke pentas final untuk bertemu SEMESTI apabila menewaskan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1-0. 

Dalam aksi perempuan, Sekolah Seri puteri berjaya melepasi halangan getir pasukan tuan rumah, Sekolah tun Fatimah apabila menang 4-3 menerusi pukulan penalti selepas ke dua-dua pasukan terikat 1-1. Manakala naib juara tahun 2011, SM Sains Machang tidak menghadapi masalah ke final apabila membelasah SERATAS 4-0. Perlawnana akhir bagi kedua-dua kategori akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Stadium Hoki Taman Daya, johor Bahru.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...