Powered by Blogger.

Monday, May 7, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : SEMESTI, SSP MUNCUL JUARA

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP) muncul juara baru kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012 yang berakhir hari ini, 6 Mei 2012. Tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, SEMESTI berjaya membuktikan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan hasul yang cemerlang. Dalam perlawanan akhir kategori lelaki , SEMESTI berjaya menewaskan Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)  dengan jaringan 1-0 manakala Sekolah Seri Puteri berjaya menewaskan naib juara tahun 2011, Sekolah Menengah Sains Machang dengan jaringan 2-1.


Dalam aksi tempat ketiga dan keempat  lelaki SM Sains Machang muncul pemenang apabila menewaskan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra 1-0 manakala tuan rumah, Sekolah Tun Fatimah berjaya menewaskan SM Sains Raja Tun Azlan Shah dengan jaringan 2-0.

Tahniah kepada semua pemenang dan insyaAllah tahun hadapan akan menjanjikan cabaran yang lebih getir lagi. 

Keputusan Penuh :

LELAKI

Johan : SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
Naib Johan : Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR)
Ketiga : SM Sains Machang (SMACH)
Keempat : SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra(SMSTMFP)

PEREMPUAN

Johan : Sekolah Seri Puteri (SSP)
Naib Johan : Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
Ketiga : Sekolah Tun Fatimah (STF)
Keempat : SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)

ANUGERAH KHAS


Hoki Lelaki:
Penjaring Terbanyak : W.Muhd. Afiq W.Zulkafli (SMACH)

Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Fazreen Ismail (SDAR)
Pemain Terbaik : Muhd. Amirul Mukminin Khairul Azhar (SEMESTI)
Pasukan FAIR PLAY :SMS Lahad Datu 


Hoki Perempuan:
Penjaring Terbanyak : Norlyn Hidayu Othman (SMACH)

Penjaga Gol Terbaik : Nur Irdina Muhammad 'Abir (STF)
Pemain Terbaik :Nur Farizatul Syazrin Talaha (SSP)
Pasukan FAIR PLAY : SMS Raja Tun Azlan Shah Taiping







TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...