Powered by Blogger.

Wednesday, May 2, 2012

KEJOHANAN HOKI SBP KEBANGSAAN 2012 : STF, MAT JIWA BERMULA CEMERLANG

Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2012 membuka tirai hari ini (2 Mei 2012) dengan dua perlawanan telah pun berlangsung pada jam 7.30 pagi di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu. Dalam bahagian perempuan, pasukan tuan rumah, Sekolah Tun Fatimah telah bertemu pasukan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Dalam pertemuan yang agak belat seberah, STF berjaya menewaskan SM Sains Kubang Pasu dengan jaringan 5-0 setelah mendahului 3-0 di separuh masa pertama.


Dalam satu lagi aksi pembukaan bahagian lelaki, pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa telahpun melakarkan kejutan apabila menumpaskan Sekolah Menengah Sains Johor, pemenang tempat ke tiga pada edisi tahun 2011 di Kuala Terengganu. SMSMJ menang 1-0 mengatasi Sekolah Menengah Sains Johor. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

8 comments:

Yan Colfer:) said...
This comment has been removed by the author.
IMANSHAH said...
This comment has been removed by the author.
IMANSHAH said...

Kalau dah namanya kena 5-0 tu berat sebelah la cik kak oii...kalau game tu seimbang menang la 1-0...fitnah ke?? ayo ayoo...Mentaliti mentaliti, ini namanya pelaporan dalam sukan. pernah belajar jurnalisme? Takkan nak tulis perlawanan agak seimbang, tapi menang dengan margin yang besar. Margin yang besar maknanya pasukan lawan asyik menyerang sahaja. Kalau kita ada semangat kesukanan terimalah seadanya hakikat. Nak disebutkan lagi keputusan depa lawan Seri Puteri?? kalah 0-8..Besar tu margin.Tak berat sebelah cik kak?? Balik belajar menganalisis perlawanan lagi.

Toksah nak tulis2 ni PRODUCT STAR. Tak elok kak oi. Ini namanya membunuh karekter. 0k, takda kaitan dengan sekolah. Jangan serang sekolah.

kami tak kata kami hebat..tapi kami tak pernah dimalukan sampai 5-0 dan 8-0. Malukan Zon Utara je, balik berlatih lagi. Ok Babai!!

Lupa, kami tak layak tahun ni, dan kami sedar. Jangan risau! Kami tak diajar untuk mengatakan YA kepada apa yang kami sebenarnya tak layak. Hakikat nya kami terima ya cik Kak.
Terima kasih kerana sudi berkunjung!!

IMANSHAH said...

rupanya Yan Colfer ni budak STF...pity her..

baru nak up!!

-ZEL- said...

masalah sebenarnya, beliau salah faham berat sebelah tu macam mana.. Sini, frasa 'berat sebelah' LANGSUNG TIDAK BERKAITAN dengan REF.. It means, berat sebelah yang menunjukkan STF tu way better than SMS Kubang Pasu..

Kbye.

Ting Taib said...

IMANSHAH, kau sangat BAHANGONG, sedar tak?
FYI, you're a BAD journalist. Ever heard of GOOD journalism?
(ini komen membina. take it positively. mentaliti, mentaliti:D)

Yan Colfer:) said...

well. aku kena hacked. bahasa aku molek. tak macam tu. sorry

Zelapur36 said...

btw yan colfer is not yan colfer .... that is someone else commenting under her name

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...