Powered by Blogger.

Tuesday, January 1, 2013

HARAPAN 2013


Tahun 2013 telah menjengah meninggalkan 2012 dengan warna-warni kejayaan dan pengalaman. Bagi yang selalu mengikuti perkembangan STAR Hockey, 2012 bukanlah tahun terbaik buat pasukan yang hanya barru dibentuk 3 tahun ini. Namun, ini bukan persoalannya, tetapi kemampuan STAR Hockey untuk berdiri pada hari ini setelah tenggelam dan rebah beberapa tahun lamanya.

Sebagai manifestasi kepada usaha untuk melihat kecemerlangan STAR Hockey 2013, kami  mengorak langkah pada tahun 2013 dengan menyertai Malaysian Junior Hockey League 2013. Memang tak dinafikan liga ini merupakan antara liga yang paling berprestij di Malaysia yang melibatkan penyertaan pemain-pemain remaja di bawah umur 19 tahun.

Biarlah ada suara-suara sumbang yang akan menebarkan suara mereka andai kekalahan demi kekalahan yang kami persembahkan. Kami tetap positif kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bukan terlalu mengharapkan hasil yang 'lumayan' tetapi pengalaman bersaing di pertandingan peringkat tertinggi adalah hasil yang lebih lumayan dari segala-galanya.

Moga-moga tahun 2013 ini memberikan sinar gemilang buat STAR Hockey. Ayuh berjuang ! Doakan kejayaan STAR Hockey 2013.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...