Powered by Blogger.

Friday, February 15, 2013

MALAYSIA LENGKAPKAN KEMENANGAN MENENTANG IRELAND



Malaysia melengkapkan siri perlawanan ujian menentang Ireland dengan rekod sempurna, menang 3-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam, sekali gus menyemarakkan semangat menjelang Piala Sultan Azlan Shah, bulan depan.

Dua jaringan padang menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil serta satu menerusi sudut penalti yang disudahi Muhammad Razi Abdul Rahim pada minit ke-17, 42 dan 66, menyusuli kemenangan 4-2 dan 3-0 pada Ahad dan Isnin lalu.

Namun Ireland yang dibimbing oleh Meredith Andrew sempat mengejutkan tuan rumah dengan gol sudut penalti jaringan Shane O'Donoghue seawal minit ketiga perlawanan.

Anak buah Paul Revington akan berdepan New Zealand dalam siri dua perlawanan ujian lagi pada 4 dan 5 Mac di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka, sebagai persediaan terakhir memburu empat teratas dalam Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Katanya: "Saya kecewa dengan cara permulaan permainan kami. Kami terpaksa bekerja keras dan mengambil masa sedikit untuk memasuki permainan dan hanya selepas itu, barulah menguasainya."

Menganalisis ketiga-tiga perlawanan itu, katanya, "Kami menjaringkan 10 gol dan melepaskan tiga gol dan bermain tanpa beberapa tonggak tetapi saya rasa cara penyudahan sudut penalti kami perlu banyak digilap lagi.

"Beberapa minggu lagi menjelang Piala Sultan Azlan dan dengan kembalinya S. Kumar dan Faizal Saari dari liga di India, saya rasa mereka teruja untuk menyertai latihan kami seterusnya memburu sasaran empat terbaik di Ipoh nanti," katanya.

Andrew pula kurang berpuas hati dengan insiden kekasaran pemain Malaysia, Chua Boon Huat pada minit ke-30 yang baginya, wajar dihukum dengan kad merah dan dibuang padang sekali gus mampu menjadikan pasukannya mempunyai kelebihan menentang 10 pemain lawan.



sumber : UTUSAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

3 comments:

Miss Za said...

za tgk pasukan hoki kita ok..boleh pergi jauh tp xpopular mcm sukan lain. sayangg..

NURUL FILZAH said...

Best jugak cerita pasal hoki. orang selalu cerita pasal bola. Best :)

Anonymous said...

teringin nak main hoki tapi takut kena sebat dengan kayu hoki..slalu main bola je..hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...