Powered by Blogger.

Friday, March 25, 2011

HOKI PIALA RAZAK DIBAHAGIKAN LIMA ZON

ADA pembaharuan yang dilakukan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dalam format Piala Tun Abdul Razak 2011 musim ini apabila pasukan dibahagikan kepada lima zon pada pusingan kelayakan sebelum diasingkan kepada dua divisyen - 1 dan 2. 

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad berkata, pembaharuan itu akan memberi peluang kepada setiap pasukan bertanding lebih banyak pendedahan perlawanan, selain ruang kepada pasukan yang tidak layak beraksi dalam divisyen 1 untuk beraksi dalam divisyen 2.



Katanya, PHM secara dasarnya bersetuju memberikan sumbangan kepada semua pasukan sebanyak RM1,000 bagi setiap perlawanan yang disertai di peringkat zon bagi membangkitkan semangat mereka berjuang, selain menghangatkan perlawanan.
“Kita ada pusingan kelayakan mengikut zon... ada 20 pasukan dan yang teratas di peringkat zon masing-masing akan bertanding dalam pusingan akhir sebelum dipecahkan ke divisyen 1 dan divisyen 2. Seterusnya kejohanan akan kembali pada format Piala Tun Abdul Razak yang asal. 

“Hanya mereka yang beraksi dalam divisyen 1 akan memenangi piala dan wang tunai manakala yang bersaing dalam divisyen 2 memenangi wang tunai dan pingat,” katanya pada pelancaran logo baru PHM/100PLUS Piala Tun Abdul Razak ke-49 di Bukit Jalil, semalam. 

Kejohanan Piala Tun Abdul Razak musim ini turut menerima suntikan 100PLUS RM1.5 juta untuk tiga tahun dengan RM300,000 dalam bentuk wang tunai dan RM200,000 dalam bentuk barangan. 

Pusingan kelayakan mengikut zon dijadualkan bermula 27 Mei sehingga 3 Julai sebelum perlawanan mengikut divisyen selama 10 hari membuka tirainya pada 21 hingga 30 Julai. 
“Pusingan akhir akan beraksi di Melaka selepas kemudahan di Pahang terpaksa menjalani proses baik pulih untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dan kelayakan Olimpik.” 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...