Powered by Blogger.

Monday, November 12, 2012

HOKI PIALA SULTAN JOHOR : MALAYSIA TEWASKAN JERMAN 3-2


Malaysia memulakan misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor dengan langkah kanan apabila menewaskan Jerman 3-2 dalam aksi di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu malam tadi.

Walau bagaimanapun Malaysia yang dibarisi oleh para pemain-pemain muda dilihat mengamalkan corak permainan berhati-hati pada separuh masa pertama. Keadaan ini membawa padah apabila Jerman berjaya mendahului 2-0  pada separuh masa pertama hasil jaringan pukulan sudut penalti oleh Tom Grambush pada minit ke-18 dan Tompertz Moritz pada minit ke-23.

Dalam separuh masa ke-2, Malaysia mengubah taktik serangan dengan  membuat hantaran-hantaran jauh dan akhirnya Malaysia berjaya merapatkan kedudukan 1-2 apabila Amir Farid Ahmad Fuzi  menjaringkan gol hasil hantaran silang daripada Muhammad Firhan Ashaari pada minit ke-38. Kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-49 melalui penalti stroke.

Dan gol kemenangan Malaysia akhirnya diperoleh pada minit-minit terakhir perlawanan apabila Muhammad Ramadhan Rosli berjara menjaringkan gol dari sudut yang sukar apabila mengambil kesempatan dari pertahanan Jerman yang dilihat semakin goyah. Dan keputusan 3-2 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan 11/11/2012 (Ahad)

New Zealand vs Pakistan (3-3)
Australia vs India (0-2)
Malaysia vs Jerman (3-2)




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...