Powered by Blogger.

Thursday, November 15, 2012

PIALA SULTAN JOHOR 2012 : PAKISTAN TEWASKAN MALAYSIA 2-0



Malaysia ditunjukkan jalan keluar untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor oleh Pakistan sebentar tadi. Malaysia, sebelum perlawanan berada pada kedudukan ke-5 kejohanan yang diadakan secara liga ini dan masih berpeluang untuk ke akhir jika memenangi perlawanan.
Namun, akhirnya Pakistan menunjukkan Malaysia jalan keluar dengan kemenangan 2-0 ke atas Malaysia. Segala-galanya tidak menjadi buat Malaysia walaupun bermain di halaman dan hadapan penonton sendiri. Sebaliknya Pakistan bermain secara counter attack dengan hantaran jauh yang memerangkap malaysia dan akhirnya membuahkan hasil.
Muhammad Dilber meletakkan Pakistan di hadapan pada minit ke-21 apabila berjaya menolak masuk gol sewaktu berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Malaysia. Manakala gol ke-2 hadir pada minit ke39 di separuh masa ke dua melalui jaringan Muhammad Irfan.
Sabtu ini Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan bertemu India, pendahulu kejohanan setakat ini. Malaysia kini berada pada kedudukan terakhir liga.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...