Liga Hoki Indoor
Ipoh 2013.
Anjuran Persatuan
Hoki Bandaraya Ipoh.
Dengan kerjasama
Persatuan Hoki Perak , Majlis Sukan Negeri Perak dan Nestle Sdn. Berhad.
Tarikh : 14 Februari 2013
Tarikh Tutup : 6 Februari 2013
Venue : Majlis Sukan Negeri Perak.
Peraturan Permainan Liga Hoki Indoor
Ipoh 2013.
1. PERATURAN AM
Selain dari peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut undang-undang‘Rules of Indoor Hockey 2011’ yang ditetapkan oleh The International Hockey
Federation”. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris
akan dipatuhi.
Pertandingan ini
dinamakan “ Liga Hoki Indoor Ipoh 2013 ”.
1.2 Kategori :
Divisyen 1 –
Untuk ahli gabungan Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dan jemputan ( Lelaki )
Divisyen 2 –
Untuk ahli gabungan Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dan jemputan ( Lelaki )
Divisyen 3 –
Untuk pasukan Sekolah sekitar Bandaraya Ipoh ( Bawah 18 tahun Lelaki ).
1.3 Peralatan Pertandingan :
1.3.1 Kayu hoki dewan
dan bola disediakan oleh penganjur kecuali peralatan penjaga gol (padding)
1.3.2 Hanya kayu hoki dewan dan bola yang disediakan oleh
penganjur sahaja boleh
digunakan untuk pertandingan ini. (kecuali yang dipersetujui
oleh pihak teknikal)
1.3.3 Pasukan yang bertanding hendaklah membawa peralatan
penjaga gol (padding) sendiri.
1.3.4 Semua pemain dimestikan memakai pelapik keting (shin
guard)
1.3.5 Pemain mesti gunakan nombor yang sama sepanjang
pertandingan.
2. PENGURUSAN
PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh dengan
kerjasama Persatuan Hoki Perak , Majlis Sukan Ngeri Perak dan Nestle Sdn. Bhd.
Pengelolaan pertandingan adalah dibawah tanggungjawab Pengarah Pertandingan dan
penolongnya yang meliputi tugas-tugas berikut:-
2.1 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan dipatuhi
2.2 Menjaga masa
2.3 Pengurusan dan penyeliaan Juri Rayuan / Pengadil
2.4 Disiplin
Pemain / Pegawai
3. YURAN PENYERTAAN
Divisyen 1 - RM 100.00
Divisyen 2 - RM 100.00
Divisyen 3 - RM 50.00
3.1 Bayaran boleh
dilakukan secra tunai, cek atau wang pos atas nama “ PERSATUAN HOKI BANDARAYA
IPOH ”.
3.2 Sila bawa Kad Pengenalan/ Kad Pelajar / (ASAL) untuk urusan penyemakan status pemain.
Kegagalan mengemukan dokumen asal akan menyebabkan penyertaan pemain terbabit
dibatalkan.
4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan mengandungi 10 orang berdaftar, 9 orang pemain berdaftar untuk setiap perlawanan ( 6 bermain dan 3 simpanan) dan 1 pegawai.
4.2 Pasukan yang menggunakan pemain yang tidak berdaftar akan
digantung penyertaan untuk kejohanan ini dan diajukan ke lembaga tatatertib untuk tindakan
selanjutnya.
4.3 Pemain tidak dibenarkan mendaftar melebihi 1 pasukan didalam
pertandingan ini. Penambahan & pertukaran pemain mestilah dilakukan sebelum
Mesyuarat Pengurus
Pasukan (
6 Februari 2013, 6.00 petang). Tidak dibenarkan mendaftar pemain selepas mesyuarat pengurus pasukan selesai.
4.3 Pertukaran secara “rolling substitutions” akan digunakan didalam pertandingan ini dihadapan meja teknikal.
4.4 Setiap pemain
hanya dibenarkan menggunakan nombor yang didaftarkan sahaja.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara LIGA satu pusingan di
peringkat PUSINGAN
PERMULAAN .
5.2 Bagi perlawanan dalam kumpulan di peringkat permulaan yang
dijalankan secara LIGA,
pasukan yang menang mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
5.3 Pasukan yang memungut mata terbanyak menjadi Johan Kumpulan dan
pasukan yang
mendapat jumlah mata kedua terbanyak menjadi Naib Johan Kumpulan.
5.4 Sekiranya kiraan mata diperolehi sama, maka keputusan akan
ditentukan seperti berikut:-
5.4.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang lebih banyak akan
dianggap sebagai
pemenang. (Goal difference)
5.4.2 Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang
sama juga,
pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
5.4.3 Sekiranya jaringan gol juga sama, pasukan yang telah mengalahkan
lawannya pada
peringkat kumpulan akan dikira menang.
5.4.4 Jika kedudukan masih seri, keputusan akan ditentukan dengan
pertandingan
pukulan penalti
seperti peraturan (6).
5.5 Pasukan Johan
kumpulan akan bertemu Naib Johan kumpulan yang lain didalam peringkat Separuh
Akhir ( cross over ). Pasukan yang menang didalam separuh akhir akan ke
peringkat Akhir dan pasukan yang kalah didalam peringkat separuh akhir akan
menentukan tempat ke 3 dan 4.
5.6 Untuk peringkat Separuh Akhir dan Akhir - Pasukan yang
menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya keputusan masih
seri selepas permainan masa penuh ditamatkan:
5.5.1 Perlawanan tambahan selama 3 minit dijalankan tanpa rehat.
5.5.2 Jika selepas masa tambahan keputusan masih seri, pertandingan
pukulan penalti
seperti Peraturan
(6) akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
6. SISTEM PUKULAN PENALTI
6.1 Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan
penalti berselang-seli
terhadap penjaga gol pasukan lawan.
6.2 Jika kedudukan masih seri, penalti akan dilanjutkan dengan cara ”sudden death”.
6.3 Pengadil-pengadil akan menentukan gol dimana pukulan penalti akan
dijalankan.
6.4 Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang akan membuat
pilihan samada
membuat pukulan penalti atau bertahan dahulu.
6.5 Penjaga gol
tidak boleh ditukar kecuali cedera.
7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual
pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
8. MASA PERMAINAN
8.1 Tempoh masa
bermain ialah 10 – 5 – 10 minit bagi pusingan awal hingga akhir.
8.2 Pasukan yang
gagal masuk ke padang diberi masa 5 minit dan selepas dari tempoh itu
pasukan yang
tidak hadir tanpa alasan yang munasabah akan kira kalah ”walk-over”
8.3
Sekurang-kurangnya mesti ada EMPAT (4) orang pemain bagi setiap pasukan berada
di
padang sebelum
sesuatu perlawanan boleh dimulakan. Jika kurang, pasukan berkenaan
dikira menarik
diri.
9. PENGADIL PENGADIL
Pengadil –
Pengadil kejohanan ini adalah terdiri daripada Lembaga Pengadil Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh.
10. BANTAHAN
10.1 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana pasukan yang
ingin membuat
bantahan maka bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada
Pegawai Teknikal
Bertugas atau wakilnya. Pengurus Pasukan mesti menulis
perkataan-perkataan yang
berbunyi “BANTAHAN”
semasa menandatangani Laporan
Perlawanan.
10.2 Bantahan bertulis serta wang tunai RM 300.00 hendaklah diserahkan kepada Pegawai
Teknikal dalam masa 10
minit selepas perlawanan
tersebut tamat dan ditandatangani oleh
pengurus pasukan yang berdaftar dengan urusetia pertandingan.
10.3 Wang bantahan tidak akan dikembalikan semula sekiranya bantahan
tersebut tidak diterima.
11. TATATERTIB
11.1 Pemain-pemain:-
11.1.1 Tiga (3) Kad Hijau disepanjang pertandingan akan digantung satu
perlawanan.
11.1.2 Dua (2) Kad Hijau dan satu (1) Kad Kuning disepanjang
pertandingan akan digantung satu perlawanan berikutnya.
11.1.3 Dua (2) Kad Kuning disepanjang pertandingan akan digantung satu
perlawanan
berikutnya.
11.1.4 Satu (1) Kad Merah akan digantung satu perlawanan atau beberapa
perlawanan dan
diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, jika perlu pemain
akan dirujukkan kepada Lembaga Tatatertib Liga Hoki Indoor Ipoh 2013.
11.2 Pegawai-pegawai
Pegawai-pegawai pasukan yang didapati melakukan kesalahan tatatertib
akan diberi amaran dan sekiranya perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib
Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh.
12. PAKAIAN
12.1 Setiap pemain perlu memakai jersi yang bernombor.
12.2 Jika terdapat pasukan yang
memakai jersi yang berwarna sama , maka pasukan yang disebut dahulu didalam
jadual perlawanan harus menukar jersi atau memakai bib yang disediakan.
13. PENGGANTUNGAN
13.1 Jika pemain mendapat kad :
13.1.1 Hijau - Penggantungan
1 minit.
13.1.2 Kuning - Penggantungan 3
minit.
13.1.3 Merah - Keluar Padang (
rujuk 11.1.4 )
14. JADUAL
14.1 Pengelola (Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh ) adalah
bertanggungjawab menyediakan jadual perlawanan.
14.2 Pengelola ( Persatuan Hoki Bandaraya Ipoh ) berhak membuat
perubahan jadual sekiranya perlu dan pasukan yang terlibat akan dimaklumkan.
15. HADIAH
Hadiah yang disediakan untuk setiap Divisyen adalah seperti berikut :
Divisyen 1
Johan -Piala
Pusingan +RM 500 +medal
Naib Johan - RM 300 + medal
Ketiga - RM 200 + medal
Divisyen 2
Johan -Piala
Pusingan +RM 300+ medal
Naib Johan -RM 200+ medal
Ketiga -RM 100+medal
Divisyen 3
Johan - Piala
Pusingan + medal
Naib Johan - Medal
Ketiga - Medal
16. PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan – Peraturan Am ini
akan diputuskan oleh Jawatankuasa pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PERSATUAN HOKI BANDARAYA IPOH
2012-2014
0 comments:
Post a Comment