Powered by Blogger.

Saturday, January 19, 2013

MJHL 2013 : MSS KELANTAN BERPESTA GOL TEWASKAN STAR


Hari ini, STAR Ipoh menerima kunjungan daripada pasukan MSS Kelantan dalam perlawanan ke-3 Liga Hoki Remaja malaysia 2013. Sebagai pendatang baru dalam MJHL, pertemuan menentang Kelantan merupakan perlawanan paling digeruni dalam kumpulan kerana Kelantan adalah pasukan yang paling kuat dalam kumpulan 2A. 

Dalam perlawanan yang terpaksa ditangguhkan hampir 20 minit itu, Kelantan yang dibarisi rata-rata pemain berusia 19 dan 18 tahun menampilkan permainan yang menarik serta kemas. Kelebihan fizikal serta usia memberi kelebihan kepada Kelantan.

Acapkali Kelantan melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke gawang Kelantan dan hasilnya Kelantan mendahului seawal minit ke-4 perlawanan. Dalam perlawanan yang dilihat tidak seimbang tersebut, Kelantan berpesta gol menewaskan STAR 6-0. Dengan kemenangan ini, pasukan MSS Kelantan mendahului kumpulan 2A dengan sembilan mata.

Menurut pengendali pasukan STAR, Shahnun Abdul Ghani, STAR menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana menyedari pasukan lawan berada satu tahap yang lebih baik dari pasukan bimbingannya. Perlawanan menentang Kelantan merupakan perlawanan yang sukar bagi STAR dan beliau sudah menjangka akan kalah. Namun, beliau tetap berpuas hati kerana berjaya juga menembusi pertahanan Kelantan dan menerima 6 pukulan sudut penalti.

" Kami perlu fokus ke hadapan bagi menghadapi lima lagi perlawanan dan kekalahan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat para pemain. Pertahanan banyak melakukan kesilapan dan jika tiada kesilapan mudah yang dilakukan oleh pertahanan , keputusan akan menjadi sebaliknya."

STAR akan menentang NURINSAFI dalam perlawanan seterusnya pada hari Ahad (20 januari 2013) manakala Kelantan akan menentang Anderson-PHA Jr pada 19 januari 2013 (Sabtu).






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...