Powered by Blogger.

Saturday, January 12, 2013

MJHL 2013 : STAR MULA DENGAN LANGKAH KANAN


Turun selaku underdog, STAR memulakan perlawanan pertama Malaysian Junior Hockey League mennetang rival hoki di Sekolah Berasrama Penuh, SERATAS dengan keazaman untuk memburu tiga mata penuh. Kenapa underdog? SERATAS memiliki reputasi yang hebat dalam sukan hoki terutamanya di peringkat Sekolah Berasrama Penuh dan sering memenangi kejuaraan Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan.

Sedangkan STAR merupakan pasukan yang baru dijelmakan semula sejak tahun 2010 setelah 'senyap dan sunyi" seketika. Apapun kemenangan yang pertama sangat penting untuk menjadikan perlawanan berikutnya juga sebagai perlawanan yang WAJIB menang.

Dalam aksi di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, STAR dan SERATAS menampilkan corak permaianan menyerang dalam separuh masa yang pertama dan SERATAS hampir-hampir berjaya membolosi gawang STAR dengan serangan balas yang berjaya memerangkap pertahanan STAR. Mujur kekentalan gawang SRAR yang dikawal oleh Firdaus Zaki berjaya menyelamatkan beberapa percubaan SERATAS. Keputusan perlawanan separuh masa pertama STAR 0 SERATAS 0.

Dalam separuh masa ke dua, STAR mengubah taktik permainan dengan menggunakan hantaran-hantaran jauh dari bahagian sayap dan berjaya menghasilkan keputusan yang berbeza. Amirul Hafiz bin Abdullah Thani berjaya memanfaatkan hantaran dalam kawasan D daripada Izham Nisya dan berjaya menolak mudah masuk ke gawang SERATAS pada minit ke-48 . Seterusnya berselang 4 minit kemudian, giliran Nazrul Nadzmi Abdul Razak menempa nama sebagai penjaring gol ke-2 apabila menyudahkan pukulan dari luar  kawasan D oleh Izham Nisha dengan satu "deflection' yang cantik dan mengelirukan penjaga gawang SERATAS.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat masa permainan dan STAR memulakan aksi pembukaan dengan cemerlang. Teruskan kejayaan untuk perlawanan ke-2 nanti menentang Kedah Hockey Association (KHA) pada 17 Januari 2012 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

Bicara Perjuangan said...

TAHNIAH team STAR...teruskan memburu kecemerlangan...sukan dan akademik.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...