Powered by Blogger.

Friday, January 18, 2013

MJHL 2013 : STAR IKAT KEDAH DI IPOH


Perlawanan ke dua STAR bertemu Kedah Hockey Association Jr bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Berbekalkan moral yang tinggi setelah menewaskan SERATAS dalam perlawanan pertama, STAR cuba untuk mengutip tiga mata penuh bertemu pasukan yang sememangnya kuat dan pemenang tempat ketiga Divisyen 2 A dalam aksi 2012.

STAR memulakan aksi kurang meyakinkan kerana kegagalan ke dua-dua sayap kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Sebaliknya Kedah yang lebih banyak mengancam ke kubu pertahanan STAR dan sering membuat hantaran-hantaran jauh yang hampir-hampir memecahkan kebuntuan. Kedudukan separuh masa pertama kekal 0-0.

Memulakan aksi pada babak ke dua, beberapa kelemahan telah diatasi. STAR mula menunjukkan permainan positif apabila banyak serangan dapat dilakukan dari kedua-dua arah. Hasilnya pada milit ke 50 STAR berjaya mendapatkan pukulan sudut penalti dan Zahran Syahmi tidak mensia-siakan peluang keemasan apabila berjaya melakukan  penyudah yang sempurna untuk kedudukan STAR 1, KEDAH 0.

Namun, berselang lima minit selepas itu, pasukan Kedah meningkatkan tekanan ke kubu STAR dan melakukan serangan bertubi-tubi menjadikan keadaan kelam kabut seketika dalam kawasan pertahanan STAR. Berbaki tiga minit perlawanan, Kedah yang tidak berputusa asa mencari gol penyamaan akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke 67 masa permainan dan kedudukan kekal 1-1, sehingga wisel penamat dibunyikan.

Hari ini, STAR akan berdepan dengan Persatuan Hoki Kelantan-MSSK pada jam 5.00 petang di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...