Powered by Blogger.

Tuesday, November 13, 2012

PIALA SULTAN JOHOR 2012 : MALAYSIA TEWAS 2-5 KEPADA NEW ZEALAND


Malaysia gagal mengekalkan momentum kemenangan ke dua berturut-turut apabila tewas kepada New Zealand 5-2 dalam perlawanan ke dua Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2012 di Johor Bharu malam ini.

New Zealand berjaya mendahului Malaysia menerusi jaringan oleh Ben Radovonich pada minit ke-17 sebelum ketua pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim menyamakan kedudukan melalui penalti stroke.

Muhammad Noor Faez sekali lagi menceriakan hampir 7,000 penyokong setia Malaysia apabila sekali lagi menjaringkan gol ke dua Malaysia menerusi pukulan sudut penalti.

Namun, kegembiraan kem Malaysia tidak lama apabila Parker Brennan Alexender menghukum kealpaan benteng pertahanan Malaysia dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30.

Dua minit berselang, Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan jaringan padang New Zealand oleh Radovonich menjadikan kedudukan 3-2 dan keputusan ini kekal sehingga tamat masa pertama.

Memasuki babak ke dua, harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan kebangkitan Malaysia musnah apabila pasukan Kiwi menambah dua lagi jaringan melalui Kane Russel pada minit ke 46 dan Michael Ritchie pada minit ke-58. Malaysia berjaya memperoleh beberapa pukulan sudut penalti namun gagal dimanfaatkan oleh para pemain Malaysia. Kedudukan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan 12/11/2012

Australia (5) vs Pakistan (1)
India (3) vs  Germany (1)
Malaysia (2) vs New Zealand (5)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

1 comments:

NJihe.am said...

Main hoki memang ganas. saya ada budak sekolah lama wakil sekolah (P) untuk hoki, cedera parah tapi alhamdulillah sihat walafiat. Saya rasa lebih baik hilangkan 'word verification', menyukarkan orang nak tingglkan komen. TQ.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...