Powered by Blogger.

Sunday, March 10, 2013

AZLAN SHAH CUP 2013 : MALAYSIA MULA LANGKAH KANAN TEWASKAN KOREA 3-2



Chua Boon Huat muncul wira negara dalam memastikan perlawanan pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Ipoh memihak kepada skuad hoki negara selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 malam tadi. 

Boon Huat yang membuat penampilan ke-11 dalam edisi ke-22 itu menghasilkan jaringan kemenangan ketika perlawanan hanya berbaki 40 saat buat mengutip tiga mata penuh bersama dua lagi pasukan yang mencatat kemenangan iaitu Australia dan Pakistan. 

Sentuhan magis 


Jaringan skuad anak buah Paul Revington tiba pada minit ke-21 menerusi penyerang muda negara, Faizal Saari hasil daripada pukulan sudut penalti pertama negara sebelum Nam Hyun Woo menyamakan kedudukan pada m-57. 

Chua bangkit membantu skuad negara dengan meledak jaringan pada m-68 sebelum dibalas semula Yung Soon Hoon. Namun sentuhan magis pemain berusia 32 tahun itu pada saat-saat akhir permainan menggembirakan lebih 3,000 penyokong yang menyaksikan perlawanan. 

Dalam satu lagi pertembungan, juara bertahan New Zealand menunjukkan betapa mereka masih mempunyai sentuhan berbisa apabila bangkit mengejar Pakistan selepas ketinggalan 3-0. 

Namun, kebangkitan yang dicetus menerusi jaringan Kane Russel, Blair Tarrant dan Andy Hayward nyata masih tidak mencukupi apabila Muhammad Imran yang melengkapkan hatriknya apabila menghasilkan jaringan kemenangan 4-3 buat juara 2003 itu pada m-58. Australia juga mencipta kemenangan dengan India 4-3. 

sumber : BERITA HARIAN





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...