Powered by Blogger.

Wednesday, March 20, 2013

STAR TEWASKAN SAINS TAPAH DALAM AKSI PEMBUKAAN KUMPULAN D

Kejohanan Hoki SBP Zon Utara yang memasuki edisi ke-8 penganjurannya, kali ini menjadi azimat yang sangat tinggi untuk pasukan hoki STAR untuk mencapai gelaran juara. kali ini STAR diundi dalam kumpilan D bersama SM Sains Tapah (SESTA), SM Sains Pokok Sena (SAINA) dan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS).

Bergambar kenangan sebelum perlawanan!

Hari pertama kejohanan, STAR dijadualkan bertemu SM Sains Tapah (SESTA). Ternyata permainan singkat perlu ditangani dengan berhati-hati kerana apa sahaja boleh berlaku. Dalam perlawanan yang diadakan pada jam 11.30 pagi dalam keadaan panas terik, STAR menguasai sebahagian besar aksi perlawanan. Namun, pasukan SESTA yang mengejutkan STAR dengan jaringan pertama pada minit ke -6 perlawanan apabila pukulan sudut penalti yang diambil berjaya digunakan sepenuh. Kesilapan komunikasi antara Ridzuan Ramli dan Raja Zainudin akhirnya membolehkan SESTA berada di hadapan dengan 1-0.

Meraikan jaringan pertama oleh Nami.

Tersentak dengan keadaan ini, STAR menggandakan serangan. Hasilnya pada minit ke 10, bola pukulan di luar kotak penalti oleh Iqbal Ramlan berjaya disambut oleh Nazrul Nazmi melaui "deflection" yang menarik dan akhirnya kedudukan menjadi 1-1.


Forward line tidak melepaskan peluang untuk melakukan "pressing" penuh.

Bermula separuh masa ke dua, STAR terus meningkatkan serangan bertubi-tubi dan akhirnya pada minit ke 18, Izham Nisha yang tidak dikawal berjaya melepaskan pukulan padu ke dalam gol SESTA dan penjaga gol SESTA hanya dapat melihat sahaja bola terus ke top net. Izham Nisha sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol ke-2 peribadi pada minit ke 21 melalui gerakan satu dua yang cantik dan berjaya menjaringkan gol ke-3 STAR untuk kemenangan 3-1.


Meraikan jaringan ke-2 oleh Izham Nisha.

Kemenangan pertama pada hari pertama bukan bermakna perlu berehat panjang apatah lagi lawan yang bakal ditemui esok ialah SAINA, yang sebelumnya berjaya mengikat SERATAS dengan 0-0. Moga-moga hari ke-dua lebih cemerlang. 






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...