"Selangkah sahaja kita ke final. Game petang ini merupakan game final kita, hangpa mesti menang, hangpa tak boleh kalah. hangpa takda pilihan. Kalah petang ni, maknanya hangpa ulangi skrip sama macam tahun lepas. Tolong tebus dosa setahun hangpa !!Enjoy your game boys !..Antara intipati pesanan terakhir Cikgu Shahnun buat semua pemain.
Pasukan IKUPS yang segak memakai jersey GRAYS. Halangan terakhir STAR untuk ke final.
Melihat SERATAS berjaya dikalahkan oleh MCKK dalam perlawanan separuh akhir pertama, membuatkan setiap pemain berkobar-kobar untuk mengisi slot ke dua ke final. Slot pertama sudah diisi oleh musuh tradisi, MCKK. Satu lagi tempat dalama final mesti jadi milik STAR, itu semangat yang ditanam oleh setiap pemain. Ye kami pasti akan berjuang untuk sekolah tercinta.
Dengan memakai jersey merah, warna kebanggaan sekolah diharapkan akan memberi tuah. SBP Integrasi Kubang Pasu tidak boleh dipandang rendah keupayaan mereka. Perlawanan separuh akhir semestinya berbeza, semangat lain, taktikal lain. Apa-apa sahaja boleh berlaku.
Memulakan perlawanan di babak pertama, setiap sudut IKUPS cuba diterobosi oleh barisan penyerang STAR yang diketuai oleh Nazrul Nazmi. Walau berjaya mengusai sebahagian besar perlawanan dan memaksa pihak lawan berkubu di laman sendiri, namun, barisan penyerang masih gagal menjaringkan gol yang dicari-cari. Begitu juga pukulan sudut penalti (PC) gagal disempurnakan oleh pakar pukulan sudut penalti STAR, Ridzwan Ramli.
Sewaktu perlawanan berhenti tehat untuk babak ke dua, jurulatih telah memberikan arahan dan semangat buat para penyerang agar jangan berputus asa untuk mencari gol kemenangan. Akhirnya gol kemenangan yang dicari-cari muncul juga apabila bola muntah penjaga gol IKUPS berjaya ditolak masuk oleh Nadzrul Nazmi pada minit ke -18 untuk akhirnya membawa STAR ke pentas final buat kali ke dua selepas pertama kali melakukannya pada tahun 2011.
Para pemain dari ke dua-dua pasukana berjabat tangan selepas perlawanan.
Barisan hadapan STAR seharusnya menyalahkan diri masing-masing apabila gagal memanfaatkan deretan peluang yang terhidang di hadapan mata. Dan esok, STAR akan turun ke padang bagi penentuan juara dengan MCKK. Semoga pasukan dari IPOH bakal bergelar juara menewaskan gelegasi Bandar Diraja, Kuala Kangsar.
0 comments:
Post a Comment